Showing posts with label biasiswa. Show all posts
Showing posts with label biasiswa. Show all posts

10 November 2010

Universiti Tenaga Nasional UNITEN TNB Pengambilan Kemasukan November 2010

1 komen disini yer..
Salam..
satu info Lanun ingin kongsikan kepada semua, iaitu UNITEN telah membuka kemasukan pelajar baru untuk sesi november 2010. Pada yang berminat untuk menyambung pengajian disini bolehlah memohon secara online. Kursus yang ditawarkan antaranya Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Pentadbiran, Perakaunan.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2010
Cara memohon : Secara online melalui website Online Aplication Website
Website rasmi : http://www.uniten.edu.my/

01 October 2010

Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Peminjam Peringkat Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti ambilan 1988-2005

25 komen disini yer..
Kepada semua peminjam Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) peringkat Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti ambilan tahun 1988-2005, bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) mulai 1 November 2010. Ini kerana urusan kutipan bayaran balik pinjaman telah diserahkan kepada KPTM mulai terikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat surat makluman di bawah.

Harap maklum, terima kasih. - Bahagian Tajaan Pendidikan-
Laman web KPM www.moe.gov.my

26 April 2010

Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT Untuk Peringkat Sijil Hinggalah Ke PHD...

2 komen disini yer..
Salam...
Tadi Lanun macam biasa tengok website mohe.gov untuk cari maklumat terbaru. Hari ni bu jumpa maklumat berkaitan dengan pembiayaan bantuan kewangan untuk warga istimewa iaitu OKU. Pastinya ini jadi satu peluang untuk golongan istimewa OKU untuk menyambung pelajaran. Anda OKU juga berpeluang unutuk dapat hak yang sama dan kecapi kejayaan. Jadi hopefully maklumat ni membantu semua. Sebar-sebarkan.


SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun

Untuk lebih lanjut dan terperinci sila [KLIK SINI]