Showing posts with label kerja tnb. Show all posts
Showing posts with label kerja tnb. Show all posts

31 May 2011

Fahami Tarif Bil Elektrik TNB Terbaru Disini

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun pasti ada yang masih tak paham mengenai berapakah kenaikan tarif bil elektrik baru yang bakal kuat kuasa 1 Jun 2011 besok. Pada yang masih tak paham, Lanun kongsikan 1 info grafik yang Lanun ambil daripada www.tnbbuzz.com yang paparkan bagaimana kenaikan yang baru ni? Siapa yang naik? Siapa yang kekal? Siapa akan dicas dengan tariff baru? Banyak mana? Semoga gambar dibawah ni dapat beri kefahaman kepada korang.

(Klik Untuk Lebih Besar)

Jadi.. bulan bulan bil elektrik umah korang berapa? tergolong dalam yang naik tak? Dari apa yang kita lihat di atas Bil yang per bulan dibawah RM 77 ringgit takkan alami sebarang caj tambahan atau kenaikan. Kenaikan 7% akan dikenakan pada bil yang RM77 ke atas. Kalau masih tak paham.. dan nak tahu apa alasan TNB naikkan bil kali ini boleh lah menelaahnya di link ini : http://www.tnbbuzz.com/

10 November 2010

Universiti Tenaga Nasional UNITEN TNB Pengambilan Kemasukan November 2010

1 komen disini yer..
Salam..
satu info Lanun ingin kongsikan kepada semua, iaitu UNITEN telah membuka kemasukan pelajar baru untuk sesi november 2010. Pada yang berminat untuk menyambung pengajian disini bolehlah memohon secara online. Kursus yang ditawarkan antaranya Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Pentadbiran, Perakaunan.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2010
Cara memohon : Secara online melalui website Online Aplication Website
Website rasmi : http://www.uniten.edu.my/