Showing posts with label diskaun. Show all posts
Showing posts with label diskaun. Show all posts

31 May 2011

Fahami Tarif Bil Elektrik TNB Terbaru Disini

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun pasti ada yang masih tak paham mengenai berapakah kenaikan tarif bil elektrik baru yang bakal kuat kuasa 1 Jun 2011 besok. Pada yang masih tak paham, Lanun kongsikan 1 info grafik yang Lanun ambil daripada www.tnbbuzz.com yang paparkan bagaimana kenaikan yang baru ni? Siapa yang naik? Siapa yang kekal? Siapa akan dicas dengan tariff baru? Banyak mana? Semoga gambar dibawah ni dapat beri kefahaman kepada korang.

(Klik Untuk Lebih Besar)

Jadi.. bulan bulan bil elektrik umah korang berapa? tergolong dalam yang naik tak? Dari apa yang kita lihat di atas Bil yang per bulan dibawah RM 77 ringgit takkan alami sebarang caj tambahan atau kenaikan. Kenaikan 7% akan dikenakan pada bil yang RM77 ke atas. Kalau masih tak paham.. dan nak tahu apa alasan TNB naikkan bil kali ini boleh lah menelaahnya di link ini : http://www.tnbbuzz.com/

14 July 2010

Keistimewaan Pemegang Kad OKU

11 komen disini yer..
contoh kad OKU

Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Yang Berdaftar. Ini merupakan senarai kemudahan yang ditawarkan kepada semua pemegang kad OKU. Anda berhak mendapat semua kelebihan ini, Jadi sekiranya ada penafian hak anda dalam hal hal dibawah anda boleh memaklumkan kepada pihak berwajib kerna mereka telah ingkar dengan arahan kerajaan.

Kemudahan tersebut adalah seperti berikut [KLIK SINI] atau [KLIK SINI]

23 March 2010

Anda boleh mintak diskaun kalu naik bas ekspress...

4 komen disini yer..
Mungkin ada yang tak tahu, atau tak pernah tanya kat kaunter tiket yang korang layak dapat diskaun 25% ke atas tiket bas ekspress sekiranya korang tergolong dalam kategori berikut :

1. warga emas berumur 60 tahun ke atas,
2. orang kurang upaya (OKU) dan
3. kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
"Kita tidak pasti sama ada pengguna tahu mengenainya atau tidak mengambil peduli langsung tentang diskaun ini. "LPKP telah mengeluarkan Pekeliling LPKP Bilangan 8/2009 mengenai pengurangan kadar 25 peratus tambang bas ekspres kepada golongan yang layak menerima diskaun pada 20 Julai tahun lalu dan telah diedarkan pada semua pemilik lesen bas ekspres," katanya selepas merasmikan Bengkel Asas Perlaksanaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE), di sini hari ini.
Katanya, beliau menyarankan pembeli memaklumkan kepada pihak kaunter bas ekspres berhubung diskaun itu ketika membuat pembelian dan tindakan akan diambil kepada pengusaha yang ingkar. [berita asal]