Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

23 March 2010

Anda boleh mintak diskaun kalu naik bas ekspress...

4 komen disini yer..
Mungkin ada yang tak tahu, atau tak pernah tanya kat kaunter tiket yang korang layak dapat diskaun 25% ke atas tiket bas ekspress sekiranya korang tergolong dalam kategori berikut :

1. warga emas berumur 60 tahun ke atas,
2. orang kurang upaya (OKU) dan
3. kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
"Kita tidak pasti sama ada pengguna tahu mengenainya atau tidak mengambil peduli langsung tentang diskaun ini. "LPKP telah mengeluarkan Pekeliling LPKP Bilangan 8/2009 mengenai pengurangan kadar 25 peratus tambang bas ekspres kepada golongan yang layak menerima diskaun pada 20 Julai tahun lalu dan telah diedarkan pada semua pemilik lesen bas ekspres," katanya selepas merasmikan Bengkel Asas Perlaksanaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE), di sini hari ini.
Katanya, beliau menyarankan pembeli memaklumkan kepada pihak kaunter bas ekspres berhubung diskaun itu ketika membuat pembelian dan tindakan akan diambil kepada pengusaha yang ingkar. [berita asal] 

16 March 2010

Kanak-Kanak Belajar Mengaji Alquran Atas Kayu....

5 komen disini yer..
Salam...

Simpati sangat tengok gambar ni - gambar ni Lanun amik kat Boston Big Picture sempena tema koleksi gambar dari Kenya. Kat Kenya ada saudara2 islam kita,terutamanya di Somalia. Kenya ni masih tak stabil, masih ada konflik. Kita doakan mereka selamat dan dpat survive dalam ujian yang besar sangat tu.



Gambar bertarikh 22 Oktober 2009 atas ni tunjukkan 2 orang budak Somalia,Kenya sedang belajar mengaji Alquran yang ditulis atas kepingan kayu kat Madrasah dieorg. Cuba bandingkan dengan kita? Alquran berbuku berjilid dengan kemas, Syukur Alhamdulillah dengan keadaan kita sekarang, tapi membaca Alquran masih lagi kurang.