Showing posts with label bayar online. Show all posts
Showing posts with label bayar online. Show all posts

31 May 2011

Fahami Tarif Bil Elektrik TNB Terbaru Disini

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun pasti ada yang masih tak paham mengenai berapakah kenaikan tarif bil elektrik baru yang bakal kuat kuasa 1 Jun 2011 besok. Pada yang masih tak paham, Lanun kongsikan 1 info grafik yang Lanun ambil daripada www.tnbbuzz.com yang paparkan bagaimana kenaikan yang baru ni? Siapa yang naik? Siapa yang kekal? Siapa akan dicas dengan tariff baru? Banyak mana? Semoga gambar dibawah ni dapat beri kefahaman kepada korang.

(Klik Untuk Lebih Besar)

Jadi.. bulan bulan bil elektrik umah korang berapa? tergolong dalam yang naik tak? Dari apa yang kita lihat di atas Bil yang per bulan dibawah RM 77 ringgit takkan alami sebarang caj tambahan atau kenaikan. Kenaikan 7% akan dikenakan pada bil yang RM77 ke atas. Kalau masih tak paham.. dan nak tahu apa alasan TNB naikkan bil kali ini boleh lah menelaahnya di link ini : http://www.tnbbuzz.com/

20 May 2011

Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2011

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan info mengenai pembukaan aplikasi sistem semakan tawaran KPLSPM [ Kursus Perguruan Lepas SPM ] untuk ambilan bulan 6 2011 secara online pada laman sesawang berikut : KPLSPM Ambilan Jun 2011 Klik!!

17 April 2011

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

0 komen disini yer..

Salam.. Lanun kongsikan satu maklumat pengumuman dari Laman web }KPM : 
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai pada 12 April 2011 (Selasa) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila [KLIK DISINI].

Harap maklum.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

27 March 2011

Hutang Kredit Dengan Maxis Hotlink RM 2 SOS Topup

31 komen disini yer..

Salam...
Sebelum ini Lanun ada sharekan bagaimana untuk berhutang dengan Celcom melalui servis Credit Advancenya. Jadi hari ini Lanun akan kongsikan 1 lagi servis yang sama tapi dari Operator Maxis yang dikenali sebagai SOS Topup untuk pengguna Hotlink Prepaid. 

Dengan servis dari Maxis Hotlink ini korang akan dapat tambahan kredit RM2, dan potongan akan berlaku selepas anda topup dengan tambahan 0.50 sen cas servis. Menjadikan bayaran semula RM 2.50. Syarat syaratnya kalau tak silap Lanun mestilah kadar kredit yang kurang dari 0.25sen atau kredit sudah expired.

Cara cara untuk memohon kredit 2 ringgit ini ialah dengan :
  1. Dail *100#
  2. Pilih menu nombor 4 - Tambah Nilai
  3. Kemudian di menu seterusnya , nombor 5 - SOS Top Up
  4. dan untuk konfirmasi, pilih nombor 1 - Teruskan * **cas 0.50 akan dikenakan

13 October 2010

Terbaru di Nuffnang Official Website

4 komen disini yer..
Salam...
Lama tak bercerita pasal Nuffnang ni, Lanun pun dah tak berapa kisah dah pasal earning ni, dan hasil dari ketidak pedulian tu, earning makin teruk dan makin teruk. Takpalah kan, sejak kerja ni tak boleh sangat stay up malam malam macam dulu.

Lanun sebenarnya nak kongsi fungsi baru di Nuffnang, yang lanun perasan sebentar tadi. Apa dia? Pertama sekali muka hadapan laman web Nuffnang selepas korang log in.


Baru... Baru....

Fungsi butang "Getting Started" - menerangkan apa yang perlu dibuat selepas register di Nuffnang, pengetahuan am mengenai Nuffnang dan sebagainya.

Fungsi butang "Getting Started, FAQ, Do and Dont's" akan keluar selepas korang Klik "Getting Started" di menu utama.- maklumat am pasal earning, cek, buffered, jenis iklan, pembayaran iklan, amaran fraud klik dan sebagainya. Basically untuk pengguna baru.

"Blogger Bio" - seperti yang lama jugak, cuma ia menggantikan nama menu asal "edit survey". Nama baru ni dan ikon baru ni lebih sesuai.

Lanun : mungkin ni adalah untuk kebaikan nuffnangers supaya pihak Nuffnang dapat memberi kefahaman pada user baru dan memudahkan pihak syarikat melakukan indeks dan menkategorikan blogger yang berdaftar di bawah mereka.

19 September 2010

Peminjam PTPTN wajib bayar semula pinjaman melalui potongan gaji bermula Jun 2011, Kata AhLong..

2 komen disini yer..
Salam...
Nama saya aaa lanun,saya ada juga pinjam sama ini ah long, ahlong moden, ahlong ptptn. Lanun ada pinjam ini sama ah long ptptn semanyak lebih kulang 15ribu woo, manyak tak? kaya kan kalu wua ada 15ribu tapi itu 15ribu hutang..bukan uwang. Sikalang Lanun talak duit mau bayar..kejap bayar kejap talak bayar..Kelija pun belom stabil mana mau bayar...

Tahun depan dia mau potong ikot gaji...abisla gaji Lanun...penat saja belaja kasi pointer tinggi tinggi tapi tak buleh dapat potongan sket pon.. Memang PTPTN ah long!!!!

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan. Berita Penuh : Metro Ahad - PTPTN