Salam...
Lama tak bercerita pasal Nuffnang ni, Lanun pun dah tak berapa kisah dah pasal earning ni, dan hasil dari ketidak pedulian tu, earning makin teruk dan makin teruk. Takpalah kan, sejak kerja ni tak boleh sangat stay up malam malam macam dulu.
Lanun sebenarnya nak kongsi fungsi baru di Nuffnang, yang lanun perasan sebentar tadi. Apa dia? Pertama sekali muka hadapan laman web Nuffnang selepas korang log in.
Baru... Baru....
Fungsi butang "Getting Started" - menerangkan apa yang perlu dibuat selepas register di Nuffnang, pengetahuan am mengenai Nuffnang dan sebagainya.
Fungsi butang "Getting Started, FAQ, Do and Dont's" akan keluar selepas korang Klik "Getting Started" di menu utama.- maklumat am pasal earning, cek, buffered, jenis iklan, pembayaran iklan, amaran fraud klik dan sebagainya. Basically untuk pengguna baru.
"Blogger Bio" - seperti yang lama jugak, cuma ia menggantikan nama menu asal "edit survey". Nama baru ni dan ikon baru ni lebih sesuai.
Lanun : mungkin ni adalah untuk kebaikan nuffnangers supaya pihak Nuffnang dapat memberi kefahaman pada user baru dan memudahkan pihak syarikat melakukan indeks dan menkategorikan blogger yang berdaftar di bawah mereka.