
Salam...
Sebelum ini Lanun ada sharekan bagaimana untuk berhutang dengan Celcom melalui servis Credit Advancenya. Jadi hari ini Lanun akan kongsikan 1 lagi servis yang sama tapi dari Operator Maxis yang dikenali sebagai SOS Topup untuk pengguna Hotlink Prepaid.
Dengan servis dari Maxis Hotlink ini korang akan dapat tambahan kredit RM2, dan potongan akan berlaku selepas anda topup dengan tambahan 0.50 sen cas servis. Menjadikan bayaran semula RM 2.50. Syarat syaratnya kalau tak silap Lanun mestilah kadar kredit yang kurang dari 0.25sen atau kredit sudah expired.
Cara cara untuk memohon kredit 2 ringgit ini ialah dengan :
- Dail *100#
- Pilih menu nombor 4 - Tambah Nilai
- Kemudian di menu seterusnya , nombor 5 - SOS Top Up
- dan untuk konfirmasi, pilih nombor 1 - Teruskan * **cas 0.50 akan dikenakan