Showing posts with label harga rokok naik. Show all posts
Showing posts with label harga rokok naik. Show all posts

31 May 2011

Fahami Tarif Bil Elektrik TNB Terbaru Disini

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun pasti ada yang masih tak paham mengenai berapakah kenaikan tarif bil elektrik baru yang bakal kuat kuasa 1 Jun 2011 besok. Pada yang masih tak paham, Lanun kongsikan 1 info grafik yang Lanun ambil daripada www.tnbbuzz.com yang paparkan bagaimana kenaikan yang baru ni? Siapa yang naik? Siapa yang kekal? Siapa akan dicas dengan tariff baru? Banyak mana? Semoga gambar dibawah ni dapat beri kefahaman kepada korang.

(Klik Untuk Lebih Besar)

Jadi.. bulan bulan bil elektrik umah korang berapa? tergolong dalam yang naik tak? Dari apa yang kita lihat di atas Bil yang per bulan dibawah RM 77 ringgit takkan alami sebarang caj tambahan atau kenaikan. Kenaikan 7% akan dikenakan pada bil yang RM77 ke atas. Kalau masih tak paham.. dan nak tahu apa alasan TNB naikkan bil kali ini boleh lah menelaahnya di link ini : http://www.tnbbuzz.com/

06 October 2010

Duti eksais rokok dinaikkan lagi 3 sen sebatang

2 komen disini yer..

Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan,

Langkah itu juga selaras dengan dasar penetapan harga minimum jualan rokok sebanyak RM6.40 sekotak berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun ni, jelasnya

Berita Penuh perkara ini : Malaysiakini KLIK SINI