26 April 2010

Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT Untuk Peringkat Sijil Hinggalah Ke PHD...

Salam...
Tadi Lanun macam biasa tengok website mohe.gov untuk cari maklumat terbaru. Hari ni bu jumpa maklumat berkaitan dengan pembiayaan bantuan kewangan untuk warga istimewa iaitu OKU. Pastinya ini jadi satu peluang untuk golongan istimewa OKU untuk menyambung pelajaran. Anda OKU juga berpeluang unutuk dapat hak yang sama dan kecapi kejayaan. Jadi hopefully maklumat ni membantu semua. Sebar-sebarkan.


SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun

Untuk lebih lanjut dan terperinci sila [KLIK SINI]
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

syafianes said...

saya pn stdnt oku iptt tp xdpt pn bntuan pndidikn.pe prlu sy buat?

LaNuNsepet said...

sila kontek mohe dan rujuk ke bahagian sumber manusia yer :-)

03 8870 6000

tanya adakah masih ade skim bantuan OKU