Salam..
Kecoh dengan pengumuman projek empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.
Projek2 ni di umumkan sebab akan diadakan pilihanraya di Parlimen Hulu Selangor kerana kembali nya penyandangnya ke rahmatullah. PRK ditetapkan 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April.
BN cuba nak main mainkan rakyat hulu selangor dan rakyat Malaysia, dan berlaku tidak adil. Bila ada pilihanraya baru nak bagi projek. bayangkanlah 4 sekolah baru tu.. umum sekali gus !! hebat betul dana dieorg, padahal banyak lagi sekolah yang daif dalam malaysia ni, tapi nak bagi dana tu punya la lambat. Ni boleh lak cepat? Tak adil!!! Lanun geram betul dengan tindakan macam ni.
Tiba-tiba semalam bernama melaporkan keadaan daif kat Parlimen Baram (BN). cikgu terpaksa tidur dibawah kelas, rumah yang nak runtuh, sempit kat sana. Bukan baru tapi dah 3 tahun tu, kenapa dana tak sampai kat dieorg yang lebih memerlukan ni. Tak adil!!!
Petikan Bharian : Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin, Edward Ngullie Anggun, berkata sekolah itu yang dibina awal 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.
Helleh Lihan, 29, guru kelas peralihan di sekolah terbabit berkata, dia dan suaminya, Fanuel Gerawal Edom, 26, terpaksa tinggal dalam sebuah bilik yang sempit di bawah bilik darjah sejak tiga tahun lalu.
Katanya, walaupun begitu mereka tetap bersyukur kerana mempunyai tempat untuk tinggal dan ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak orang Penan di kawasan Ulu Baram.
Seorang lagi guru di sekolah itu, Benjamin Lenjan, 45, berkata dia kini terpaksa tinggal dalam sebuah rumah guru yang hanya menunggu masa untuk runtuh.
Berita penuh : guru daif... kera di hutan disusukan... [KLIK SINI ]
* Back To Halaman Utama *
0 komen disini yer..:
Post a Comment