19 April 2010

20 Amalan Murah Rezeki ; Berusaha Doa Tawakal Berjaya....

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. 
As Shura 27

Kepada yang dalam minggu exam macam Lanun, goodluck!! , Do the best, Your The Best. To Chekzu and CoklatUngu semoga Allah mudah kan urusan kalian :-) dalam study. Yakinlah Dengan Rezeki Dari Allah... Allah Maha Tahu Apa Yang Terbaik Buat Hambanya..

Untuk 20 Amalan Murah Rezeki teruskan membaca....


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

  1. Menyempatkan diri beribadah
  2. Memperbanyak istighfar
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
  4. Sentiasa ingat Allah
  5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
  6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  7. Tolong Orang & Tunaikan hajat orang lain
  8. Banyak berselawat
  9. Buat kebajikan banyak-banyak
  10. Berpagi-pagi ( buat kerja waktu pagi selepas subuh)
  11. Menjalin silaturrahim
  12. Melazimi kekal berwuduk
  13. Bersedekah
  14. Melazimi solat malam (tahajud)
  15. Melazimi solat Dhuha
  16. Bersyukur kepada Allah
  17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
  18. Berdoa
  19. Berikhtiar sehabisnya
  20. Bertawakal
u/p : untuk Dalil dan Penerangan setiap 20 senarai di atas sila [ KLIK SINI ]

Satu nasihat untuk Lanun yang sering lalai... 
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

hBz said...

exam jg yea. gudluck. minum air suam banyak2.ahaks

LaNuNsepet said...

ko exam gak kan.. ha3..airsuam tak cukup, minum tongkat ali ler..ori punnyer.

chekZu said...

tenkiu lanun!
all the best utk lanun and C.U~

Anonymous said...

thank u for this info...