21 April 2010

Hebat Benar Ciptaan Allah.. Kilat Dalam Debu Gunung Berapi?? Bagaimana Terjadi Tu??

cantik dan bahaya.... debu yang buat banyak flight terkandas 3 minggu

Subhanallah, ingatkan nak hujan baru ada kilat, rupenyer dalam debu dan asap gunung berapi yang meletus baru baru ini Iceland pun ada kilat. Macam kita dengar dalam berita sekarang dah masuk 3 minggu Flight tertangguh untuk ke Eropah dan keluar dari Eropah. Ini adalah gara gara debu yang tebal selubungi pemandangan. debu ni boleh merosakkan enjin kapal terbang tu yang bahaya tu. Ia menyebabkan traffic jam udara terbesar dalam sejarah selepas 11september tragedy.

Lanun bukan nak citer pasal tu, tapi nak citer bagaimana proses menarik ni leh berlaku. Macammane kilat boleh terhasil didalam debu debu yang bergerak keluar dari gunung berapi tu. Gambar atas bertarikh 17 april aritu di Iceland's Eyjafjallajokull volcano, bukan dirakam secara nasib tapi sememangnya setiap kali keluarnya debu gunung berapi, kewujudan kilat ini ada beserta dengan pergerakan keluar debu. 

Subhanallah... Jom terus baca kalau nak tahu lagi macam mana kilat ni terbentuk...



  1. Debu debu asalnya dalam keadaan neutral. Dalam kes gunung berapi ni, debu ni panas, kepanasan ni menyebabkan setiap partikel debu mempunyai cas cas dan ianya berbeza antara satu sama lain, Ada positif ada negatif. Macam pembaris plastic yang kita pegang. Bila kita gosok pada kain sutera akan menghasilkan satu daya elektrostatik yang leh tegakkan bulu roma kita dan tarik cebisan kertas, cuma dalam kilat tenaga tu lebih kuat. 
  2. Semasa debu ni berpusu pusu keluar dari ruang gunung, pelanggaran berlaku. Jadi ini menyebabkan pelanggaran antara positif negatif yang saling menarik. 
  3. Dalam pergerakan debu debu tu, partikel yang berlainan cas ni mula terpisah kerana berlainan bentuk aerodynamik, jarak memisahkan mereka, tetapi masih ingin menarik positif ke negatif. Daya tarikan masih kuat.
  4. Maka jika cas itu kuat, pelanggaran yang partikel bercas banyak dan laju, suhu yang panas, maka elektron pun mengalir dari negatif ke positif seperti arus elektrik dirumah kita. Terjadilah "spark" atau kilat.







*Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

13 komen disini yer..:

cik.pija said...

*insaf*

Dee said...

subhanallah

M a W a D D a H said...

subhanallah...nice entry...

LaNuNsepet said...

tu lar menarik kan.. hebat. nampak cantik lak, tp kalu kena tu hangusss....

pada dee : ni la menyebabkan flight bob terkandas tu.. tp kilat ni kat gunung jar..

tq all.. subhanallah.. yakinlah dengan kuasanya.. mesti ada rahsia yang kita perlu pelajari n selidiki dalam kejadian ni..

saintis pun dah mula kaji dgr2 citer.

sarah shafie said...

cantik sgt..mcm x caye pun ye jgk..

RerameUngu said...

Subhanallah..cantiknye kilat tu...

MiYOKO SuKi said...

SubhanaAllah...Allah Maha berkuasa...

Elly Emmy said...

SubhanaAllah..
Kuasa Allah yang Maha Besar..

LaNuNsepet said...

tq all..

subhanallah.. maha besar sungguh kuasa mu Ya Allah..

CoKLaT uNGu said...

ma ajmala

Unknown said...

ciptaan Allah tiada tandingan...

nasikputeh said...

okey. hari ni dpt blaja sains. dah lama xbaca bahan berilmiah.
thanks for da info.

Subhanallah.

Doctors in India said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this for a while to try and implement many of these! Thanks!