23 April 2010

Berita Buruk Buat Kaki Kaki Blogger, Kaki Facebook Dan Kaki Internet...


Salam...
Hu3.. Mari mari Lanun nak gtau satu berita yang tak best didengar oleh kaki kaki blogger, kaki internet dan kaki facebook, berita ni memang berita buruk bagi  Lanun jugak sebagai seorang part time blogger he3. Mungkin korang dah baca tapi pada mana yang tak baca lagi, silakan baca dan persiapkan lah diri anda menempuh episod duka ni he3.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4). "Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 (besok) dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei,(dekat seminggu) 2010," demikian menurut TM dalam satu kenyataan. Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.
Menurut TM, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa. [Berita Penuh]
Lanunsepet : Hmm.. harap harap jangan la slow sangat...TM kate dier ade tambah laluan rangkaian tambahan untuk backup talian internet..Jadi Lanun harap ia membantu. (ade sape-sape nak jerit? he3)
Blog Widget by LinkWithin

19 komen disini yer..:

sarah shafie said...

esok la ni..dh la esok sabtu..jgn trus xde dh la.meroyan aku nnti..hehhe..

Lucy S. said...

waaaaaah. nak bunuh diri dlm jamban trus la cmni! :))

nasikputeh said...

aish..
baru je repair streamyx aritu ni nk buat hal plak..??????

haaaiihh!!

LaNuNsepet said...

hu3... ituler..
tang lanun free2..ni dier nak down..
naper tak down masa lanun ngah study utk exam..
ayoyo...

Ken Wooi said...

seriously?
my webhost is in US.. =/

Mrs H said...

aku agak dah! slow semacam je tenet aku menjak 2 menjak ni. tlepas la jackpot aku kali niiii.. bencik2

nuriz said...

oo ye ke? hari buruh katakan..kene cuti jap para blogger hehe

uncle said...

arghhh tidakk uncle baru je nak start mengganas..tetiba nak slow downkan intenet.. huhuu kecewa tul lah

yanmie said...

alamak besok stat ye...adoiii mati kutu gini, harap2 xlah slow sgt..klu slow tu pun xpe lg..jgn x dpt terus sudah..hahhaa

M a W a D D a H said...

terpaksa la tdo je selama seminggu...hehe

LaNuNsepet said...

ha3... nak tido seminggu pun ade..ki3..
hibernate ker aper? :-p

ntah lar korang..runsing memikirkanya... hu3

ISZA said...

ooo.. patutlah shoutmix ku jadi begitu.. baru ku tahu..

Amalina E Azmi said...

ala...~ kalau camtu, bil bulan ni potong half la..kekeke

Syahrul Iman said...

adeyh..dah la intenet slow..nak tmbah lagi slow..huhu

BaDBoYs said...

Wah ko ni bagus a..best a info ni..cam mana nak buat ha.....nampaknya tak melanun la ko esok...huhuhu..aman dunia...hehehe

'AQILAH said...

huh memang dah slow pun sekarang.

iLhAm_bEcKs said...

WOoO
BHAYE nih..
huuaaa...tgh exam,nk cri brg baikpuny~~ xdpat laa
haha

s h a said...

aiyark...gangguan...oh no...

Teratak pena said...

so far... semalam dan arim ni my internet ok je... x ada gangguan dan sekarang masih lagi wat blog walking....streamyx unlimited belasah 24 jam