Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

23 April 2010

Berita Buruk Buat Kaki Kaki Blogger, Kaki Facebook Dan Kaki Internet...

19 komen disini yer..

Salam...
Hu3.. Mari mari Lanun nak gtau satu berita yang tak best didengar oleh kaki kaki blogger, kaki internet dan kaki facebook, berita ni memang berita buruk bagi  Lanun jugak sebagai seorang part time blogger he3. Mungkin korang dah baca tapi pada mana yang tak baca lagi, silakan baca dan persiapkan lah diri anda menempuh episod duka ni he3.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4). "Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 (besok) dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei,(dekat seminggu) 2010," demikian menurut TM dalam satu kenyataan. Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.
Menurut TM, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa. [Berita Penuh]
Lanunsepet : Hmm.. harap harap jangan la slow sangat...TM kate dier ade tambah laluan rangkaian tambahan untuk backup talian internet..Jadi Lanun harap ia membantu. (ade sape-sape nak jerit? he3)