Showing posts with label bongkar. Show all posts
Showing posts with label bongkar. Show all posts

05 May 2011

Kelantan : Sultan Tuanku Muhammad Faris Petra V Berkahwin Tidak Lama Lagi

3 komen disini yer..

Salam..
Rakyat Kelantan bakal mendapat raja perempuan yang baru tidak lama lagi, Dalam sesi temuramah Yayasan  Kelantan Sultan Kelantan @ Tuanku Muhammad Faris Petra @ Sultan Muhammad V [Wikipedia] menjawab soalan wartawan apabila ditanya adakah baginda bakal berkahwin tidak lama lagi.

Baginda menjawab dengan berkata "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul, Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya,". Baginda merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra. Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. [Berita asal - Mkini]

Sultan ini lah sultan yang paling berhati rakyat jelata pernah Lanun lihat, ia boleh menjadi imam dan mempunyai karakter yang rendah diri. Harapan Lanun semoga raja perempuan yang baru  mempunyai ciri ciri wanita dan Isteri Solehah. InsyaAllah.. Tahniah Tuanku.

28 November 2010

Putus tunang punca Teacher Shida buat miming selambe di Youtube

12 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru membaca artikel  terbaru CikguDahlia berkaitan Tacher Shida yang cukup popular di Youtube kerana aksi miming selambanya. Lama dah Lanun tengok video dia ni, jadi kat sini Lanun pun nak amik kesempatan komen jugak. Mengikut pa yang Lanun tahu, beliau merupakan cikgu bahasa inggeris, dan turut juga mengajar muzik. Kerana videonya yang "menarik" ia juga  jadi buah mulut dan guarauan Lanun dan kawan kawan kat tempat keje. 

Punca : 
Selepas membaca artikel kat CikguDahlia dan blog yang jadi sumber rujukannya, jelaslah punca Teacher Shida (Channel Youtube) yang berasal dari Parit, Perak itu adalah tekanan dan kecewa akibat putus tunang. Maklumat ini boleh dikatakn reliable kerana dari cikgu jugak.

Peringatan :
Tapi.. perlu dingat sebagai Muslim dan Muslimah kita perlu jaga adab dan batas batas kita. Tak salah buat video di Youtube tetapi ada garis panduan yang telah Islam syaratkan bila muncul dikhalayak, lebih lagi saluran umum macam tu. Jadi berpeganglah pada tu, semoga apa kita buat tidak mendapat murka Allah SWT.

Harapan : 
Pada Teacher Shida, bersabarlah dan carilah ketenangan yang sebenar bukan dengan cara tu, tak lupa juga  semoga bertemu jodoh dengan suami yang soleh Insyaallah... :-)

Cerita asal & lebih lagi maklumat ttg TeacherShida : http://az-arepa.blogspot.com
p/s : banyak video miming ciptaan TeacherShida telah didelete.