Showing posts with label babi dalam makanan. Show all posts
Showing posts with label babi dalam makanan. Show all posts

20 May 2011

Pemilik Kopi Gelatin Babi Didakwa..

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun pernah menyiarkan artikel berkaitan Kopi Kluang Rail station yang mengandungi gelatin Babi [Kedai Kopi Ada Gelatin Babi, Kedai Mana 1?]seperti yang didedahkan oleh jabatan kimia. Terbaru, pemilik Kopi Kluang iaitu 3 orang pengarahnya telah pun didakwa semalam. 

Tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Ikuti Jawapan @ respon Pemilik Kopi Kluang : KLIK SINI

Hmm.. isu makanan ni memang isu yang cukup payah, tapi wajib kita jaga. Dengan keadaan pasaran dan dunia yang dikuasai oleh Non Muslim, 1 cabaran buat kita ni nak cari makanan yang Halal dan bersih. Lanun menyeru semua usahawan Muslim yang berkemampuan supaya berusaha menjadi pengeuar produk asas @ root level. Masalah yang timbul ni kerana kita banyak bertumpu di end product.

25 March 2011

Kedai Kopi Ada Gelatin Babi, Kedai Mana 1?

7 komen disini yer..

Salam..
Pasti korang semua dah baca berita di Harian Metro yang mengandungi GELATIN BABI didalam ramuan serbuk kopi bagi sebuah kedai kopi terkenal di Johor Bahru. Dahsyat ni, dan ianya patut diketahui semua umat Islam menghindarinya.

70 tahun layan Kopi :
Dalam berita kata kedai tu dah 70 tahun? makna nya 70tahun mereka menghidang ramuan kopi haram itu kepada pelanggan beragama Islam? Atau penggunaan gelatin dari khinzir itu baru sahaja berlaku? Pastinya kopitiam ni terkenal bukan sebab tu tak cakap nama dia. Tapi kedai mana satu ni?

Siasat guna "Keyword" 
Lanun ada syak satu kedai kopi ni, jadi Lanun cuba search keyword "kedai kopi johor bahru 70tahun" pastu kalau jumpa nama kedai kopi tu cuba search nama kedai kopi tu ditambah dengan "cawangan lembah klang". Korang akan dapat jawapannya kedai mana satu, Kalau betul lah kedai tu, memang ramaiiii kesana dan cerita kesedapan memang tersebar luas.

HASIL SIASATAN LANUN  : Kedai Kopi @ Stesen Keretapi Kluang Johor & ia ada 2 cawangan di lembah Klang dan berusia 70 tahun. Kalau salah harap betulkan... TQ

MAKLUMAT TAMBAHAN : Menurut Facebook Persatuan Bangsa Johor, dahulu Kopi Kluang suci dan selamat, tetapi selepas pengusahanya "bertukar tangan" pencemaran bahan haram ini berlaku.

Tapi kalau maklumat ini SALAH, harap betulkan Lanun sebab ini perkara penting kita tak mahu kita termakan sesuatu yang haram. Mana yang dah sudah terminum, termakan takpalah memang di maafkan sebab kita tidak tahu. Pada peniaga yang menjual kopi itu, atau serbuk kopi itu harap cuba cek dengan Jabatan Agama Johor, kedai mana satu yang positif gelatin babi tu.

Berita Asal : HMetro - Kopi campur gelatin babi Article

01 April 2010

Rokok Ada Sel Darah Babi??

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun melaporkan berita ni dari Lab ECADD, baru jar lepas present untuk INOTEK 2010 UTEM. Interview panel pertama dengan seorang Tutor dan kedua dengan Engineer Sivakumar. Panel keduf a betul betul menguji knowledge Lanun dalam projek PSM Lanun nie.

Kebetulan Eng. Siva ada knowledge yang banyak dalam projek-projek elktronik, sehingakan yang bertaraf dunia. Jadi tadi memang kene question gila-gila juger. Tapi Alhamdulillah dah setel, markah tawakal jelah.

Actually nak share berita kosmo online untuk hari ni :
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. [berita_lanjut] 
Betul ker? Rokok Malaysia atau yg Luar Negara?