Showing posts with label isteri kedua. Show all posts
Showing posts with label isteri kedua. Show all posts

03 October 2010

Kerajaan nak cari Amah dari negara lain? Negara mana yer sesuai?

2 komen disini yer..
rentetan kes penderaan buat Indonesia berbalah dengan Malaysia
Salam...

ROMPIN: Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu dari negara Asia lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Myanmar. Berita Penuh

Apa pendapat korang? negara mana lar sesuai menggantikan indonesia yang baru baru ni seperti tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Walaupun khabarnya begitu, rakyat Indon masih lagi mahu bekerja di Malaysia kerana mudah dan mewah di sini.

Tapi Malaysia kena ada alternatif, dengan amik dari negara lain. Apa kata amik rakyat Malaysia sendiri kan, Bagi latihan dan gaji yang berpatutan dan kualiti yang bagus? betul tak?

18 April 2010

Ramai Lelaki Malaysia Ambil Wanita Indon Jadi Isteri?? Mengapa Lelaki Malaysia Pilih Wanita Seberang?

36 komen disini yer..
Salam..

Isu ni dah lepas dah beberapa hari lalu. Tapi baru teringat nak ulas. Mengikut satu rekod dari Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Betul la sekarang ni.. memang ada satu trend sekarang yang memilih wanita asing sebagai isteri dan kebanyakan nyer mengambil sebagai isteri kedua. Tadi Lanun baca paper pasal topik ni la dan banyak la pakar akademik buat kesimpulan kenapa pilih wanita sumatera atau indon?

antara pendapat dieorang lebih kurang begini :
  1. Cantik,seksi dan tak cerewet??
  2. Wanita Indon pandai bagi layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dari wanita malaysia??.
  3. Berani merealisasikan fantasi impian lelaki??
Dan banyak lagilah pendapat PANAS dari yang lain, ada yang setuju, ada yang bangkang, jom ikut pengalaman PANAS, dan kajian beberapa orang kat bawah ni....

17 January 2010

Kisah Aku Dan 4 Isteriku...

13 komen disini yer..
Salam ..

Hari nie lanun nak berkongsi dengan anda semua kisah iaitu hidupku bersama dengan 4 Isteri. Sangat menarik dan menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya. Jom kita teruskan membaca yer..

“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku.

Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.