Showing posts with label polygamy. Show all posts
Showing posts with label polygamy. Show all posts

17 January 2010

Kisah Aku Dan 4 Isteriku...

13 komen disini yer..
Salam ..

Hari nie lanun nak berkongsi dengan anda semua kisah iaitu hidupku bersama dengan 4 Isteri. Sangat menarik dan menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya. Jom kita teruskan membaca yer..

“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku.

Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.