Showing posts with label kahwin 4. Show all posts
Showing posts with label kahwin 4. Show all posts

06 May 2011

Video Majlis Pernikahan Yang Terbaik Untuk Muslimin & Muslimat

5 komen disini yer..

Salam..
Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari facebook [Ambil video dari facebook.. Bagaimana?] yang memaparkan satu majlis akad nikah seorang pasangan muslim dari mana Lanun tak tahu, siapa mereka pun Lanun tak tahu tetapi memaparkan satu suasana yang cukup simple tapi indah & harmoni cukup dengan pemakaian yang menutup aurat, besederhana serta dilengkapi ciri ciri yang dituntut oleh Islam turut diamalkan seperti solat sunat selepas nikah.

Semoga video ini menjadi contoh dan tauladan bakal pengantin dan mak andam yang skrg rajin mengabaikan aurat dalam majlis majlis perkahwinan sebegini. Ditambah pula beberapa adat yang tidak menepati Islam turut banyak dicampuradukkan dalam majlis sehinggakan dipandang serong apabila kita tidak melakukannya.


Terimakasih kepada Pasangan Pengantin dan Pemilik Video Asal

17 January 2010

Kisah Aku Dan 4 Isteriku...

13 komen disini yer..
Salam ..

Hari nie lanun nak berkongsi dengan anda semua kisah iaitu hidupku bersama dengan 4 Isteri. Sangat menarik dan menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya. Jom kita teruskan membaca yer..

“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku.

Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

29 July 2009

SASTERA : Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lagi!

2 komen disini yer..
Puisi yang dihantar oleh seorang suami kepada isterinya dengan harapan untuk kahwin lain..
memang suami yang kreatif tol...siap melibatkan ilmu sains.. he3



Isteriku , jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.. Ingatlah bahtera...klik Baca sepenuhnya....

Isteriku , jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..

Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu...... Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,

kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***


Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan.... akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Huhuh....!!!
jangan la nak berangan!!

LANUN : Isteri dier dulu belajar sastera jugak n maybe blaja ilmu sains n elektronik skali...he3