Showing posts with label gempak. Show all posts
Showing posts with label gempak. Show all posts

06 May 2011

Video Majlis Pernikahan Yang Terbaik Untuk Muslimin & Muslimat

5 komen disini yer..

Salam..
Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari facebook [Ambil video dari facebook.. Bagaimana?] yang memaparkan satu majlis akad nikah seorang pasangan muslim dari mana Lanun tak tahu, siapa mereka pun Lanun tak tahu tetapi memaparkan satu suasana yang cukup simple tapi indah & harmoni cukup dengan pemakaian yang menutup aurat, besederhana serta dilengkapi ciri ciri yang dituntut oleh Islam turut diamalkan seperti solat sunat selepas nikah.

Semoga video ini menjadi contoh dan tauladan bakal pengantin dan mak andam yang skrg rajin mengabaikan aurat dalam majlis majlis perkahwinan sebegini. Ditambah pula beberapa adat yang tidak menepati Islam turut banyak dicampuradukkan dalam majlis sehinggakan dipandang serong apabila kita tidak melakukannya.


Terimakasih kepada Pasangan Pengantin dan Pemilik Video Asal

25 September 2010

Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..

13 komen disini yer..
Salam...
Lanun tengok video ni mula mula di facebook, video ni berkisar tentang perkahwinan anak perempuan Allahyarham SM Nasimudin pengasas pada kilang kereta NAZA di Malaysia. Empayar NAZA siapa yang tidak kenal kan? NAZA mempunyai kerjasama bersama Ferrari juga untuk pengetahuan korang.

Dalam video rakaman ni, dengan tajuk Wedding of fairy tale, memang nampak gah sesetengah mata. Ramai gila yang kata kagum lah, hebat lah, teringin lah, tapi ada yang Lanun tak suka dalam video perkahwinan anak gadis pemilik NAZA tu. Apa dia?
  1. Campur campur? ada macam gaya barat, adat melayu, n ikut Islam pun ada.
  2. Kejap pakai tutup kepala kejap tak... pakai tudung tapi ada lelaki tak berbaju dan bercawat di belakang. (0:41)
  3. Lelaki hensem tough pengusung Nur nadia tu buka aurat? hanya cawat dan tak berbaju? x setuju!!. (0:40)
  4. Macam gaya greek stail barat. (0:40)
Lanunsepet : Maaf kalu korang tak suka dengan pendapat Lanun... bab gempak n meriah takpa sebab dia mampu. Tapi yang follow stail yang salah tu jar Lanun tak setuju. 



Versi video facebook dan di Youtube perkahwinan ini telah di delete kenapa ya?? 
Nak tahu bagaiman Lanun ambik video ni dari facebook letak di blog ? KLIK SINI