Showing posts with label wedding of the year. Show all posts
Showing posts with label wedding of the year. Show all posts

18 June 2011

Anak PM Najib Nooryana Najwa Betunang dengan Daniyar Nazarbayev

4 komen disini yer..

Gambar Dari PinkTurtle

Salam..
Tahniah di ucapkan kepada PM DS Najib kita kerana di atas majlis pertunangan anak beliau dengan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhtan. Majlis dilangsungkan di Seri Perdana pada Jumaat Malam semalam. Ramai VVIP yang hadir termasuk Paklah, YDPA Malaysia, Bonda Najib, dan VVIP dari luar negara turut hadir.

Sedikit biodata Daniyar, beliau berumur 22 tahun sebaya dengan Nooryana. Nooryana adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar pulak menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Penafian..
Sebelum ini, menjadi kontroversi apabila pihak Wisma Putra, Khairy Jamaludin dan juga Dato' Sharizat Jalil telah menafikan bahawa Anak PM Najib bertunang semasa pemergian PM ke Kazakhtan. Nampaknya ada kebenarannya, rupa rupanya sambil melawat bakal menantu..itu yang betul. Apa komen anda?

Komen Lanun, semoga berbahagia..dan doa Lanun semoga mereka ada jodoh dan berkahwin dan jadi Suami Soleh n Isteri Solehah :-) Aaminn..

Gambar Tunang Anak PM Kita?
Dibawah Lanun sertakan gambar gambar Daniyar Nazarbayev Tunang kepada Nooryana Najwa Najib. Untuk semua yang nak lihat bakal suami anak sulung PM kita sila KLIK LINK ini.

Makanan SEO : Gambar Tunang Anak Najib, Tunang Nooryana Najib, Siapa Tunang Anak PM, Bakal Suami, Bakal Menantu, DS Najib Razak, Gambar Daniyar Kazakhtan.

25 September 2010

Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..

13 komen disini yer..
Salam...
Lanun tengok video ni mula mula di facebook, video ni berkisar tentang perkahwinan anak perempuan Allahyarham SM Nasimudin pengasas pada kilang kereta NAZA di Malaysia. Empayar NAZA siapa yang tidak kenal kan? NAZA mempunyai kerjasama bersama Ferrari juga untuk pengetahuan korang.

Dalam video rakaman ni, dengan tajuk Wedding of fairy tale, memang nampak gah sesetengah mata. Ramai gila yang kata kagum lah, hebat lah, teringin lah, tapi ada yang Lanun tak suka dalam video perkahwinan anak gadis pemilik NAZA tu. Apa dia?
  1. Campur campur? ada macam gaya barat, adat melayu, n ikut Islam pun ada.
  2. Kejap pakai tutup kepala kejap tak... pakai tudung tapi ada lelaki tak berbaju dan bercawat di belakang. (0:41)
  3. Lelaki hensem tough pengusung Nur nadia tu buka aurat? hanya cawat dan tak berbaju? x setuju!!. (0:40)
  4. Macam gaya greek stail barat. (0:40)
Lanunsepet : Maaf kalu korang tak suka dengan pendapat Lanun... bab gempak n meriah takpa sebab dia mampu. Tapi yang follow stail yang salah tu jar Lanun tak setuju. 



Versi video facebook dan di Youtube perkahwinan ini telah di delete kenapa ya?? 
Nak tahu bagaiman Lanun ambik video ni dari facebook letak di blog ? KLIK SINI