Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.
Sebelum ini penulis pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini penulis akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.
Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ... [
selanjutnya di bawah... ]