Showing posts with label bahasa wanita. Show all posts
Showing posts with label bahasa wanita. Show all posts

25 March 2011

Video Bunuh Diri Di KB Mall Kelantan Tapi Gagal..

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun kongsikan video yang sedang hangat dipertontonkan dan lebih elok ditonton dari video lucah perlakuan zina yang haram yang dibawa oleh datuk T yang memalukan Malaysia sebab sengaja buat tontonan umum pulak.

Kejadian ini berlaku di KB Mall, seorang gadis yang mula cuba mengelar tangan dengan pisau bertindak ingin terjun dari bumbung KB Mall. Rakaman video tu berjya merakan pergelutan remaja perempuan 20an tu dengan ahli bomba yang cuba menyelamat. Saksikan detik cemas tersebut di bawah :

Apakah puncanya kejadian ini ???

Dapat diselamatakan juga apabila jatuh atas tilam disediakan Bomba.

08 February 2010

Bahasa dan Tindakan Wanita yang Perlu Difahami Lelaki...

2 komen disini yer..
Sumber : Ahmad Baie jaafar (http://idhamlim.blogspot.com/)

Dulu lanun pernah kongsikan satu artikel pasal apakah maksud tindakan / bahasa yang di ditunjukkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. atau lebih tepat suami pada isteri. Kali ini lanun kongsikan pasangan / versus kepada artikel dulu tu. Selamat membaca..

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.