Dulu lanun pernah kongsikan satu artikel pasal apakah maksud tindakan / bahasa yang di ditunjukkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. atau lebih tepat suami pada isteri. Kali ini lanun kongsikan pasangan / versus kepada artikel dulu tu. Selamat membaca..
Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.
Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.