Showing posts with label nasihat agama. Show all posts
Showing posts with label nasihat agama. Show all posts

07 August 2011

Dulu Iwan Dangdut Kini Iwan Syahman, & Album Baru..

2 komen disini yer..


Salam..
Lanun sangat gembira bila dengar mengenai perkembangan terbaru dari Iwan yang seperti ramai ketahui yang beliau telah keluar dari bidang dangdut dan kembali mendalami ilmu agama. Dalam perkembangan yang lebih baru, kini Iwan Dangdut atau nama gelaran barunya Iwan Syahman telah keluarkan lagu terbaru yang kini dalam Nasyid pula.

Dulu lagu dangdut.. kini lagu ketuhanan.. Alhamdulillah. Islam langsung tak melarang penganutnya menghasilkan karya seni, asalkan dengan syarat tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh lah dapatkan lagu terbaru dari album terbaru Iwan Dangdut @ Iwan Syahman terbitan Hijjaz Record yang diberi judul Allah Segalanya.

Dulu sedang sedang.. kini Allah Maha Agung.. Dengar FullSong Allah Segalanya Klik Disini


Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah. 

Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
  1. Segalanya Allah
  2. Shalat Dulu
  3. Fadhilah Shalawat
  4. Semua Allah Punya
  5. Kalimah Toyyibah
  6. Siksa Neraka
  7. Pengasih
  8. Ke Taman Syurga
  9. Nasihah
  10. Ke Jalan Lurus
  11. Segalanya Allah (Versi Asal)

28 May 2011

Video Kucing Peluk Anaknya Yang Mengigau..

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun share kan satu video dari Laman Youtube, satu video tunjuk anak kucing dan ibunya ngah tidur berpelukan. Tiba tiba ank kucing ni macam mengigau  (agaknya lar.. he3) bergerak2 tapi mata terpejam. Mak kucing ni yang memang ngah peluk ank dia menambah erat kan lagi pelukan nya bagi seakan akan menenangkan anaknya tu. 

Video ni dah banyak kali jadi Most Viewed Video di banyak negara, dan sekarang mencecah 5 juta paparan dalam masa 3 hari. Pada peminat kucing atau pun peminat benda benda yang comel pastikan korang view video nih. Selamat menonton.

Subhanallah.. Nampak nilai kasih sayang disitu... 
Teringat masa mak kita jaga adik adik kita masa baby.

p/s : Alhamdulillah, Dah tengok video Iwan dangdut yang terbaru?? KLIK SINI 

08 February 2010

Bahasa dan Tindakan Wanita yang Perlu Difahami Lelaki...

2 komen disini yer..
Sumber : Ahmad Baie jaafar (http://idhamlim.blogspot.com/)

Dulu lanun pernah kongsikan satu artikel pasal apakah maksud tindakan / bahasa yang di ditunjukkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. atau lebih tepat suami pada isteri. Kali ini lanun kongsikan pasangan / versus kepada artikel dulu tu. Selamat membaca..

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

29 January 2010

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Hati & Tindakan Lelaki...

10 komen disini yer..
Sumber : Ahmad Baei Jaafar ( Blog idhamlim )

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini penulis pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini penulis akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ... [ selanjutnya di bawah... ]