Showing posts with label lagu nasyid. Show all posts
Showing posts with label lagu nasyid. Show all posts

08 October 2011

Iwan Syahman : Segalanya Allah ( Lagu & Lirik )

0 komen disini yer..


Salam..
Untuk Lirik Segalanya Allah sila lihat dibawah. Anda ingin lagu versi MP3? Boleh pastekan URL video di atas, kemudian pastekan di laman web ini http://www.youtube-mp3.org/ (paste kan URL > tekan convert > Downloaduntuk convert dari Youtube video kepada MP3. Semoga ada kebaikan.. dapatkan yang ORI.

01 October 2011

Law Kaana Bainana dengan Terjemahan Bahasa Melayu

7 komen disini yer..


Salam..
Lagu ini cukup terkenal semasa video rancangan realiti "If The Beloved Were Among Us" tesiar di Televisyen (Arab) dan di Youtube. Ia juga disiarkan di TV Alhijran Ahad 9Malam. Rancangan yang cukup baik yang memberi pengajaran kepada sekalian manusia. Ia juga bukti kerinduan orang orang mukmin masa kini kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Video dibawah adalah lagu penuh "full song" Law Kaana Bainana dengan erti atau terjemahaman bahasa melayu. Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)

Lirik Melayu dan Arabic ada dibawah yer,
Untuk video youtube beserta dengan lirik bahasa arab : KLIK SINI (YouTube)


Credit to : Youtube Channel AdorerOfIslam

25 September 2011

Asy - Syafi : UNIC HPA Hijrah

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu lagu yang Lanun cukup minat. Ianya dari Album HPA Hijrah nyanyian kumpulan UNIC. Lagu ini liriknya dihasilkan oleh Haji Ismail HPA sendiri ( Pengarah Urusan HPA ). 

"Allahumma anta asy-syafi, la syifaan illa syifauka,syifaan la yughadiru saqoma" Ya Allah, Engkaulah Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau; penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi.

"Imsahi al-ba`s rabb al-nas biyadika asy-syifa` la kasyif lahu illa anta" Buangkanlah kesulitan ini, Tuhan segala manusia, ditanganMu penawar, dan tiada yang menyembuhkan melainkanMu (Sahih Bukhari)

07 August 2011

Dulu Iwan Dangdut Kini Iwan Syahman, & Album Baru..

2 komen disini yer..


Salam..
Lanun sangat gembira bila dengar mengenai perkembangan terbaru dari Iwan yang seperti ramai ketahui yang beliau telah keluar dari bidang dangdut dan kembali mendalami ilmu agama. Dalam perkembangan yang lebih baru, kini Iwan Dangdut atau nama gelaran barunya Iwan Syahman telah keluarkan lagu terbaru yang kini dalam Nasyid pula.

Dulu lagu dangdut.. kini lagu ketuhanan.. Alhamdulillah. Islam langsung tak melarang penganutnya menghasilkan karya seni, asalkan dengan syarat tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh lah dapatkan lagu terbaru dari album terbaru Iwan Dangdut @ Iwan Syahman terbitan Hijjaz Record yang diberi judul Allah Segalanya.

Dulu sedang sedang.. kini Allah Maha Agung.. Dengar FullSong Allah Segalanya Klik Disini


Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah. 

Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
  1. Segalanya Allah
  2. Shalat Dulu
  3. Fadhilah Shalawat
  4. Semua Allah Punya
  5. Kalimah Toyyibah
  6. Siksa Neraka
  7. Pengasih
  8. Ke Taman Syurga
  9. Nasihah
  10. Ke Jalan Lurus
  11. Segalanya Allah (Versi Asal)

17 July 2011

Tak Perasan Selama Ini, Maksudnya Sangat Mendalam..

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan Lagu Ukays - Bila Diri Disayangi. Lagu ini semua orang pernah dengar dan ia cukup popular bersama sama dengan lagu lain yang didendangkan oleh kumpulan Ukays di saat kegemilangan kumpulan band muzik dieorang. Tetapi adakah kita perasan apa maksudnya? apa pengajarannya? apa isi disebalik lirik lagu ni?

Mungkin Lanun tak pernah renung lagu ni atau tatp betul liriknya, jadi bila Lanun dengar baru baru ini sahabat Lanun nyanyi baru Lanun perasan sungguh mendalam maksud lagu ni. Ia menceritakan penyerahan seorang hamba kepada Tuhan yang Esa. Tajuknya Bila Diri Disayangi.. Langkah akan semakin berani menempuh dunia.. Bila keliru atau sesat, merujuk dan mengadu pada Allah.. 

Cukup mendalam maksudnya.. rintihan seorang Hamba pada Allah....



Antara Lagu  lain yang mempunyai maksud mendalam ialah Kekasih Awal & Akhir dan juga Kepada Mu Kekasih. Terdapat juga pendakwah dan motivator yang gunakan Lagu ni sebagai bahan motivator kerana dengan mengulas lagu ni dapat melahirkan input input positif dan kearah ketuhanan.

06 June 2011

For The Rest Of My Life - Maher Zain Versi Bahasa Melayu

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan lagu maher zain For The Rest Of My Life dalam malay version. Video ni Lanun ambil dari Youtube. Video klip nya pulak adalah sedutan dari filem ayat ayat cinta, best woo citer tu. Lagu ini adalah antara lagu lagu yang telah dialih suara kedalam bahasa melayu selain daripada lagu hits InsyaAllah. Jom kita hayati lagu Sepanjang Hidupku ini dari Maher Zain.

Buat isteriku....

22 November 2010

Insha Allah versi Perancis, Islam menembusi apa jua bahasa dan bangsa...

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan lagi satu video klip oleh penyanyi terkenal Maher Zain yang telah pun menyanyikan lagu Insya Allah dengan beberapa versi bahasa antaranya Turki, Arab, English dan juga Perancis. Ini bukti yang Islam boleh menembusi apa jua bahasa dan bangsa. Maha Suci Mu Ya Allah, Tuhan bagi semua makhluk si langit dibumi dan diantaranya. 

Masa program TV kat TV3 aritu, Maher Zain ada menyatakan hasrat nak rakam lagu InsyaAllah dalam bahasa Melayu, sebagai mehargai hasrat pemninatnya. Kata beliau ni sahaja caranya tunjukkan tanda terimakasih nya pada peminat.