Untuk Lirik Segalanya Allah sila lihat dibawah. Anda ingin lagu versi MP3? Boleh pastekan URL video di atas, kemudian pastekan di laman web ini http://www.youtube-mp3.org/(paste kan URL > tekan convert > Download) untuk convert dari Youtube video kepada MP3. Semoga ada kebaikan.. dapatkan yang ORI.
Lanun tadi baru jar like satu page ni, page facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Anda kenal beliau? pada yang tak kenal boleh rujuk video ceramah beliau dibawah ataupun boleh rujuk fanpage di facebook.com.
Rasanya masyarakat mula kenal beliau apabila ustaz ni keluar di kaca TV alhijrah dalam program Ihya Ramadhan. Nampaknya Lanun memang lambat lah kenal Ustaz Don Daniyal ni. Dah masuk Zulkaedah dah baru nak tengok video ustaz yang special namanya ni.
Apa yang Lanun baca di internet, keluarganya dan saudaranya memang ada "Don" Don ni. Agaknya sapa nama "Don" tu adalah kaitan dengan Ustaz muda ni. Beliau ni kerja di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) sebagai pensyarah muda. Beliau belajar di Al Azhar dalam bidang Qiraat, dan adik beradiknya juga baik baik perangai belaka, alhamdulillah.. itulah serba sedikit yang Lanun dapat di internet tentang latar belakang beliau. Wallahualam..
Link Youtube :
Video Ceramah Ustaz Don Daniyal Ihya Ramadhan :
++ Siri 1 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]
++ Siri 2 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]
p/s : Syukur, ada pelapis ulamak ulamak.. macam keluarga Din. (Harun Din, Hassan Din dan sbgnya...)
Lanun sangat gembira bila dengar mengenai perkembangan terbaru dari Iwan yang seperti ramai ketahui yang beliau telah keluar dari bidang dangdut dan kembali mendalami ilmu agama. Dalam perkembangan yang lebih baru, kini Iwan Dangdut atau nama gelaran barunya Iwan Syahman telah keluarkan lagu terbaru yang kini dalam Nasyid pula.
Dulu lagu dangdut.. kini lagu ketuhanan.. Alhamdulillah. Islam langsung tak melarang penganutnya menghasilkan karya seni, asalkan dengan syarat tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh lah dapatkan lagu terbaru dari album terbaru Iwan Dangdut @ Iwan Syahman terbitan Hijjaz Record yang diberi judul Allah Segalanya.
Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah.
Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
Lama dah iklan ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan ke 52. Tapi Lanun ni la baru jumpa he3.. ada beberapa siri iklan yang istimewa dengan penampilan Afdlin Shauki, Penyanyi Dato David Aramugam & Ho Yuhang ( kenape tak pecaye??).
Iklan iklan ni memang kelakar..he3.. Antara siri iklan dari Proton tersebut ialah :
Rojak ( afdlin jumpa geng2 dia..)
Konsert pasar
Kuih muih
Hangus ( Angkasawan Msia ke matahari? lawak2..)
Lok lok
Ciplak
Censored
Dalam iklan ni sistuasi semuanya di Pasar Malam, banyak benda benda kelakar seperti Afdlin cakap kena basuh telinga pas David arumugam cakap sesuatu dalam bahasa tamil, n Ho Yuhang yang suke guna ayat " Internet maa.." dan banyak lagi. Korang kena tengok semua ni k, kalau belom wajib! he3.
Dalam Iklan ni beberapa perkara Lanun nak katakan :
Bagi Lanun tak berapa setuju dengan Imej n Gaya Afdlin tak nampak macam Melayu sebenar..
Censored "bunyi tuutttt" mencarut kah? macam tak baik ja guna modal tu..
Better buat iklan yang lebih kepada saling tolong menolong n membantu..\
Tapi its ok :-) kelakar..cuma sket2 tu la Lanun tak setuju..
p/s : 1 Malaysia? benarkah 1 Malaysia? jangan hanya di dalam iklan saja...Jangan bersatu kerana bangsa, bersatu lah ke arah keadilan dan kebajikan.
Nak Download semua siri Iklan ni? KLIK SINI untuk download
Senarai lengkap Ketua Ketua Polis negara Malaysia yang pernah berkhidmat dari tahun 1958 hingga kini. Korang boleh klik nama nama KPN KPN ni untuk melihat biodata dan sedikit latarbelakang. Dalam senarai ni juga korang mesti tahu mana satu KPN yang paling kontroversi?
Jadi yang terbaru adalah Tan sri Ismail Omar yang akan memulakan tugaskan sebagai Ketua Polis Negara Malaysia ke 9 yang baru bermula 13 September 2010 ini. Semoga banyak pembaharuan ke arah kebaikan dapat beliau lakukan, kami Rakyat mengharapkan IGP Ismail Omar buat yang terbaik.