Showing posts with label tema. Show all posts
Showing posts with label tema. Show all posts

31 May 2011

Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun tertarik sungguh ngan bangunan ST atau Suruhanjaya Tenaga yang hari ni di rasmi oleh TPM Muhyiddin Yassin. Yang menariknya adalah bentuk dan penggunaan tenaga bangunan nih. Kita sekarang banyak bercakap tentang green technology antaranya penjimatan penggunaan tenaga. Jadi bangunan ini adalah antara projek Green Building di Malaysia.

Bangunan ST ini berbentuk berlian, yup bentuk diamond. Bangunan berlian suruhanjaya  tenaga ini dikatan hanya menggunakan purata tahunan berjumlah 61 kWh/m2 pada kadar 2000 jam manakala kebanyakkan bangunan pejabat lain mempunyai indeks tenaga lebih tinggi di antara 150 hingga 200 kWhm/2 purata setahun. Jimat lebih 50 percent tu.

Dimana bangunan berlian ni? : Wikimapia Diamond Building Map
Konsep bangunan apa yer? : Latarbelakang Bangunan Diamond ST

Gambar Bangunan Berlian ST / ST Diamond building (tenyeh tikus untuk lebih gambar)




22 September 2010

Koleksi 7 iklan best 1 Malaysia dari Proton sempena merdeka 2009 dahulu..Mesti Tonton..

3 komen disini yer..
Salam..
Lama dah iklan ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan ke 52. Tapi Lanun ni la baru jumpa he3.. ada beberapa siri iklan yang istimewa dengan penampilan Afdlin Shauki, Penyanyi Dato David Aramugam & Ho Yuhang ( kenape tak pecaye??).


Iklan iklan ni memang kelakar..he3.. Antara siri iklan dari Proton tersebut ialah :
  1. Rojak ( afdlin jumpa geng2 dia..)
  2. Konsert pasar 
  3. Kuih muih
  4. Hangus ( Angkasawan Msia ke matahari? lawak2..)
  5. Lok lok
  6. Ciplak
  7. Censored 
Dalam iklan ni sistuasi semuanya di Pasar Malam, banyak benda benda kelakar seperti Afdlin cakap kena basuh telinga pas David arumugam cakap sesuatu dalam bahasa tamil, n Ho Yuhang yang suke guna ayat " Internet maa.." dan banyak lagi. Korang kena tengok semua ni k, kalau belom wajib! he3.

Dalam Iklan ni beberapa perkara Lanun nak katakan :
  1. Bagi Lanun tak berapa setuju dengan Imej n Gaya Afdlin tak nampak macam Melayu sebenar..
  2. Censored "bunyi tuutttt" mencarut kah? macam tak baik ja guna modal tu..
  3. Better buat iklan yang lebih kepada saling tolong menolong n membantu..\
  4. Tapi its ok :-) kelakar..cuma sket2 tu la Lanun tak setuju..
p/s : 1 Malaysia? benarkah 1 Malaysia? jangan hanya di dalam iklan saja...Jangan bersatu kerana bangsa, bersatu lah ke arah keadilan dan kebajikan.










Nak Download semua siri Iklan ni? KLIK SINI untuk download

20 March 2010

GAMBAR : Seni Bina Pavilion Terhebat Di World Expo 2010 Shanghai & Malaysia Pavilion...

0 komen disini yer..
Expo 2010 (2010 上海 世界 博览会) akan diadakan di Shanghai, China pada 1 Mei hingga 31 Oktober 2010. World Expo yang dijadualkan mengikut tradisi pameran antarabangsa dan exhibition. Tema expo kali ini ialah "Better City - Better Life" yang juga menandakan Shanghai berstatus baru sebagai pusat ekonomi utama dan pusat budaya di abad ke-21.

Macam-macam rekaan senibina yang dikenali Pavilion dibina oleh setiap peserta dari pelbagai negara. Tak terkecuali Malaysia pun masuk dengan senibina klasik Melayu gitu. Nak tengok senibina dari negara lain, boleh sambung baca...

Malaysia Pavilion Di Shangai 2010 Nak tengok lagi ?? ada dibawah...