Showing posts with label ads. Show all posts
Showing posts with label ads. Show all posts

05 November 2010

Happy Deepavali Kepada Semua Kawan Kawan Penganut Agama Hindu 1 Malaysia

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ini cuti umum seluruh negara sempena dengan perayaan Deepavali bagi penganut agama Hindu. Kilang Lanun shutdown hari ini jadi tak kerja lah, kiranya sama sama "sambut" raya ni he3. Blog Lanunsepet menujukan ucapan ini kepada semua kawan kawan bangsa India dengan harapan Deepavali kali ini akan lebih meriah dan bermakna dari yang sebelum ini. Happy Deepavali.

22 September 2010

Koleksi 7 iklan best 1 Malaysia dari Proton sempena merdeka 2009 dahulu..Mesti Tonton..

3 komen disini yer..
Salam..
Lama dah iklan ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan ke 52. Tapi Lanun ni la baru jumpa he3.. ada beberapa siri iklan yang istimewa dengan penampilan Afdlin Shauki, Penyanyi Dato David Aramugam & Ho Yuhang ( kenape tak pecaye??).


Iklan iklan ni memang kelakar..he3.. Antara siri iklan dari Proton tersebut ialah :
  1. Rojak ( afdlin jumpa geng2 dia..)
  2. Konsert pasar 
  3. Kuih muih
  4. Hangus ( Angkasawan Msia ke matahari? lawak2..)
  5. Lok lok
  6. Ciplak
  7. Censored 
Dalam iklan ni sistuasi semuanya di Pasar Malam, banyak benda benda kelakar seperti Afdlin cakap kena basuh telinga pas David arumugam cakap sesuatu dalam bahasa tamil, n Ho Yuhang yang suke guna ayat " Internet maa.." dan banyak lagi. Korang kena tengok semua ni k, kalau belom wajib! he3.

Dalam Iklan ni beberapa perkara Lanun nak katakan :
  1. Bagi Lanun tak berapa setuju dengan Imej n Gaya Afdlin tak nampak macam Melayu sebenar..
  2. Censored "bunyi tuutttt" mencarut kah? macam tak baik ja guna modal tu..
  3. Better buat iklan yang lebih kepada saling tolong menolong n membantu..\
  4. Tapi its ok :-) kelakar..cuma sket2 tu la Lanun tak setuju..
p/s : 1 Malaysia? benarkah 1 Malaysia? jangan hanya di dalam iklan saja...Jangan bersatu kerana bangsa, bersatu lah ke arah keadilan dan kebajikan.










Nak Download semua siri Iklan ni? KLIK SINI untuk download

04 September 2010

Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?

11 komen disini yer..
Salam...

Lanun terpanggil buat post ni selepas membaca post di blog cikgu dahlia. Lanun baru tahu, maklumlah Lanun takda TV mana nak tahu apa iklan kat TV sekarang. Dari post terbaru beliau Lanun sungguh terkejut dengan iklan hari raya tahun ini 2010 1431H dari TV3 yang merepek dan merapu. Apa kah motif TV3 buat iklan macam ni?


credit to nurizspace blogspot atas embed video ni

Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
  1. Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
  2. ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
  3. Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
  4. Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
  1. Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
  2. Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
  3. Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
  4. Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
  5. Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
  6. Pendedahan aurat dalam iklan.
  7. Tiada mesej yang disampaikan.
  8. Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.

29 August 2010

Iklan Merdeka Telekom Petronas 2010 Kali Ke 53 (Video)

3 komen disini yer..


Salam..
Sempena bulan kemerdekaan pastinya kat TV akan tersiar iklan iklan berunsur patriotik. Setiap syarikat gergasi akan menyiarkan iklan masing masing sebagai tanda bersama sama mengisi bulan kemrdekaan. Tapi tahun ini ntahlar, macam kurang kan? Lanun hanya jumpa 2 iklan sahaja untuk merdeka ke 53 tahun 2010 ni. Adakah tahun ni syarikat syarikat gergasi kurang untung? atau kurang semangat patriotik?

Dibawah ini iklan hari kemerdekaan Malaysia ke 53 2010 dari Petronas dan Telekom Malaysia :

1. Petronas


2. Telekom Malaysia