Showing posts with label unsur khurafat. Show all posts
Showing posts with label unsur khurafat. Show all posts

21 October 2010

TV3 Didenda RM 50,000 : Siar Iklan Kontroversi Hari Raya TV3 2010

10 komen disini yer..
iklan yang bikin panasss...
Salam...
Ingat lagi tak iklan kontroversi TV3 masa hari raya hari tu? yang macam krismas tu? ada pak haji santa dan unsur unsur yang jelas menghina Islam. Hari ini di Parlimen Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu. Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

Harap ia jadi pengajaran pada semua.. [ Baca Berita Penuh Pasal Isu ni KLIK SINI ]


Video Tajaan Ruzmerah

04 September 2010

Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?

11 komen disini yer..
Salam...

Lanun terpanggil buat post ni selepas membaca post di blog cikgu dahlia. Lanun baru tahu, maklumlah Lanun takda TV mana nak tahu apa iklan kat TV sekarang. Dari post terbaru beliau Lanun sungguh terkejut dengan iklan hari raya tahun ini 2010 1431H dari TV3 yang merepek dan merapu. Apa kah motif TV3 buat iklan macam ni?


credit to nurizspace blogspot atas embed video ni

Pada pemerhatian Lanun, terdapat beberapa perkara dan elemen yang jelas songsang :
  1. Ada macam Santa Clause ( atok yang bawa beca tu ) macam krismas.
  2. ( beca terbang ) kendaraan Santa Clause elemen dari agama kristian.
  3. Ada bunga lotus / teratai elemen dari agama Buddha
  4. Pelita di atas bunga elemen dari Hindu perayaan Deepavali.
Antara kesalahan dari pemerhatian Lanun pada video iklan tu :
  1. Nak terap Kongsi raya kah? Kongsi adalah jelas diharamkan.
  2. Nak terap 1 Malaysia? Bukan ini caranya.
  3. Mengaitkan perayaan agama Islam dengan agama lain adalah diharamkan.
  4. Mencampur aduk dan menambah perkara yang bertentang dengan syariat Islam.
  5. Unsur unsur khurafat cuba dimasukkan ke dalam Aidilfitri.
  6. Pendedahan aurat dalam iklan.
  7. Tiada mesej yang disampaikan.
  8. Boleh menimbulkan keraguan pada kanak kanak.
Saranan Lanun pada pihak Media Prima dan TV3 sendiri tarik baliklah iklan ini. Jelas secara jelas iklan ini adalah bertentangan dengan perayaan Aidilfitri itu sendiri, Khurafat!. Kita perlu ingat Perayaan Agama seperti aidilfitri dan Ramadhan bukan seperti Hari kemerdekaan, ia tidak boleh dicampur adukkan dengan perkara yang bercanggah dengan Islam.