Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

29 May 2011

Filem Sang Murabbi : Wajib Tonton Buat Para Belia & Pendakwah

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun baru sahaja selesai menonton satu filem yang cukup cukup baik buat para daie, para pendakwah, para pencinta Islam terutama belia belia Islam. Filem Sang Murabbi Mencari Spirit Yang Hilang. Filem ini adalah sebagai memperingati usaha dan gerak kerja dakwah Al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah seorang Murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang Indonesia.

Filem ini memang benar benar memberi semangat buat kita. Lanun syorkan anda download dan kosentret semasa menonton filem ini. Tumpukan perhatian dan ambil iktibar yang cukup sarat dalamnya. Semoga kita sentiasa teguh dan istiqamah di atas jalan Islam..

Download @ Muat Turun Sang Murabbi ( Guru ) mediafire link :
Movie Bahagian 1 Sang Murabbi Mediafire Part 1
Movie Bahagian 2 Sang Murabbi Mediafire Part 2
Movie Bahagian 3 Sang Murabbi Mediafire Part 3

Credit to bdkminang & Alfatihah buat Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah

22 September 2010

Koleksi 7 iklan best 1 Malaysia dari Proton sempena merdeka 2009 dahulu..Mesti Tonton..

3 komen disini yer..
Salam..
Lama dah iklan ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan ke 52. Tapi Lanun ni la baru jumpa he3.. ada beberapa siri iklan yang istimewa dengan penampilan Afdlin Shauki, Penyanyi Dato David Aramugam & Ho Yuhang ( kenape tak pecaye??).


Iklan iklan ni memang kelakar..he3.. Antara siri iklan dari Proton tersebut ialah :
  1. Rojak ( afdlin jumpa geng2 dia..)
  2. Konsert pasar 
  3. Kuih muih
  4. Hangus ( Angkasawan Msia ke matahari? lawak2..)
  5. Lok lok
  6. Ciplak
  7. Censored 
Dalam iklan ni sistuasi semuanya di Pasar Malam, banyak benda benda kelakar seperti Afdlin cakap kena basuh telinga pas David arumugam cakap sesuatu dalam bahasa tamil, n Ho Yuhang yang suke guna ayat " Internet maa.." dan banyak lagi. Korang kena tengok semua ni k, kalau belom wajib! he3.

Dalam Iklan ni beberapa perkara Lanun nak katakan :
  1. Bagi Lanun tak berapa setuju dengan Imej n Gaya Afdlin tak nampak macam Melayu sebenar..
  2. Censored "bunyi tuutttt" mencarut kah? macam tak baik ja guna modal tu..
  3. Better buat iklan yang lebih kepada saling tolong menolong n membantu..\
  4. Tapi its ok :-) kelakar..cuma sket2 tu la Lanun tak setuju..
p/s : 1 Malaysia? benarkah 1 Malaysia? jangan hanya di dalam iklan saja...Jangan bersatu kerana bangsa, bersatu lah ke arah keadilan dan kebajikan.










Nak Download semua siri Iklan ni? KLIK SINI untuk download

29 August 2010

Video Namewee Terbaru : Buat Kecoh Lagi dengan Video Nah!! F**k Racism yang penuh carut marut..

21 komen disini yer..
Salam...
Berikutan isu pengetua racism baru baru ni, seorang orang muda yang dulu menjadi "terkenal" dengan klip video lagu "Negara Kuku " telah buat lagi satu video yang sarat dengan perkataan dan isyarat bermaksud lucah, menghina, dan mencarut. Siapa lagi kalau bukan Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. 

Lanun yakin Namewee ni marah dan terasa dengan apa yang telah berlaku dalam kes pengetua tu. Sebagai salah seorang bangsa Cina, memang sesiapa pun akan terasa. Even kalau kita dipihaknya pun akan terasa. Tapi adakah tindakan buat video semacam rupa ni rasional? professional? jalan yang bijak ke? pada Lanun ia seakan mencurah minyak pada api.

Dalam klip video tu telah mengeluarkan kata kata mencarut pada pengetua Siti Inshah ( SMK bukit selambau di Sungai Petani Kedah) dan juga menghina Kementerian Pelajaran Malaysia KPM. Juga dalam video tu, Namewee mengatakan anti racism, tapi jelas ia telah ditunjukkan dengan cara yang salah dan tidak bermoral.

Saksikan video Namewee tersebut kat bawah ni, penuh dengan isyarat F**k saje...



p/s : Namewee ko ni kreatif tapi masalah ngan ko adalah terlalu emosional.. Aku tak mahu juga benda ni jadi.. tapi harap kita semua sentiasa rasioanl dalam bertindak jangan jadi seperti geng Bendera di Indonesia. Tak da akhlak.

30 August 2009

"Kiamat" 2012....???

2 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi lanun pusing2 jap kat satu blog ni.. Jumpe satu artikel pasal kiamat.. kat bawah artikel tu diletakkan satu klip video TRAILER untuk filem terbaru bertajuk : 2012.

Filem ini diarah oleh orang yang sama membuat filem Independence Day & The day After Tomorrow.. Sekali lagi mereka memaparkan filem berkisar tentang kemusnahan bumi / "kiamat". Antara mendorong mereka membuat filem ini ialah kerana ramalan NASA bahawa pada tahun 2012 satu planet iaitu planet X akan melintas dekat dengan Bumi.. Hmm.. Adakah ramalan itu benar??

Allah Lebih Maha Mengetahui... Tapi apa yang dipaparkan ini adalah bercanggah dengan kiamat yang kita fahami.. Paparan yang lanun tunjukkan sekadar bertukar maklumat.. Sebarang Komen dipersilan.. :-)

Kita saksikan trailer filem 2012 yang akan dipaparkan di malaysia pada bulan Disember ini :


Filem 2012 :



A global cataclysm occurs which leads to the end of the world and has survivors struggling for their lives, while a US government agency called the "Institute for Human Continuity" attempts to use ships to ensure the survival of the human race. [1]

The film is inspired by several hypotheses that state that the ancient Mayan predicted a doomsday event will occur sometime around the 2012 northern hemisphere winter solstice.[1]

LANUN : "Kiamat tiada siapa akan terselamat..." Ya Allah peliharalah kami...kurniakan kami keampunan mu..