Al Fatihah buat M Rajoli 64 tahun dan Takziah buat keluarganya, dimana malam tadi tepat 10.45 malam arwah dilaporkan meninggal kerana sesak nafas. Arwah yang terlantar lebih sepuluh tahun di Hospital Ampang Kuala Lumpur cukup terkenal dengan lakonan sehingga boleh berlakon pelbagai watak. Semoga roh Arwah M Rajoli di cucuri rahmat Allah.
Showing posts with label nama sebenar. Show all posts
Showing posts with label nama sebenar. Show all posts
18 September 2010
Alfatihah : M Rajoli Meninggal Dunia..
29 August 2010
Video Namewee Terbaru : Buat Kecoh Lagi dengan Video Nah!! F**k Racism yang penuh carut marut..
Salam...
Berikutan isu pengetua racism baru baru ni, seorang orang muda yang dulu menjadi "terkenal" dengan klip video lagu "Negara Kuku " telah buat lagi satu video yang sarat dengan perkataan dan isyarat bermaksud lucah, menghina, dan mencarut. Siapa lagi kalau bukan Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee.
Lanun yakin Namewee ni marah dan terasa dengan apa yang telah berlaku dalam kes pengetua tu. Sebagai salah seorang bangsa Cina, memang sesiapa pun akan terasa. Even kalau kita dipihaknya pun akan terasa. Tapi adakah tindakan buat video semacam rupa ni rasional? professional? jalan yang bijak ke? pada Lanun ia seakan mencurah minyak pada api.
Dalam klip video tu telah mengeluarkan kata kata mencarut pada pengetua Siti Inshah ( SMK bukit selambau di Sungai Petani Kedah) dan juga menghina Kementerian Pelajaran Malaysia KPM. Juga dalam video tu, Namewee mengatakan anti racism, tapi jelas ia telah ditunjukkan dengan cara yang salah dan tidak bermoral.
Saksikan video Namewee tersebut kat bawah ni, penuh dengan isyarat F**k saje...
p/s : Namewee ko ni kreatif tapi masalah ngan ko adalah terlalu emosional.. Aku tak mahu juga benda ni jadi.. tapi harap kita semua sentiasa rasioanl dalam bertindak jangan jadi seperti geng Bendera di Indonesia. Tak da akhlak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
