Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

29 May 2011

Filem Sang Murabbi : Wajib Tonton Buat Para Belia & Pendakwah

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun baru sahaja selesai menonton satu filem yang cukup cukup baik buat para daie, para pendakwah, para pencinta Islam terutama belia belia Islam. Filem Sang Murabbi Mencari Spirit Yang Hilang. Filem ini adalah sebagai memperingati usaha dan gerak kerja dakwah Al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah seorang Murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang Indonesia.

Filem ini memang benar benar memberi semangat buat kita. Lanun syorkan anda download dan kosentret semasa menonton filem ini. Tumpukan perhatian dan ambil iktibar yang cukup sarat dalamnya. Semoga kita sentiasa teguh dan istiqamah di atas jalan Islam..

Download @ Muat Turun Sang Murabbi ( Guru ) mediafire link :
Movie Bahagian 1 Sang Murabbi Mediafire Part 1
Movie Bahagian 2 Sang Murabbi Mediafire Part 2
Movie Bahagian 3 Sang Murabbi Mediafire Part 3

Credit to bdkminang & Alfatihah buat Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah

21 November 2010

Nak Tanya... Awak Tak Rimas Ke?

5 komen disini yer..
Salam..Lanun kongsikan satu perbualan yang diharap memberi sedikit dakwah dan manfaat pada semua muslimin dan muslimat kat luar sana. Kisah perbualan ini Ia nya Lanun COPY n PASTE dari blog Medikasi Hati [wordsbeyondmyheart]

Dengan Nama Allah Ar-Rahman Ar-Raheem

perkongsian dari seorang ukhti fillah...semoga mendapat ibrah!

Padai suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

25 October 2010

TV-Al Hijrah : Stesen TV baru di Malaysia Bercorak Islamik 1 Disember Ini

4 komen disini yer..

Stesen channel televisyen baru bercorak Islam di Malaysia , TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Laman Web Rasmi : TV Alhijrah Media Corporation

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jamil Khir berkata, pada peringkat awal, sebanyak RM60 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan operasi televisyen itu.

Lanunsepet : Lanun puji sangat sangat usaha ini, dan memang Lanun tunggu channel baru bercorak Islam, ia merupakan satu sinar harapan bagi pencinta Islam dalam dunia penuh dengan cubaan ini. Tapi...bagaimana dengan negeri lain? Lanun tak berapa paham kenapa siar di negeri tu ja?

[ Berita Penuh - KLIK SINI ]