Showing posts with label bulan puasa ramadan. Show all posts
Showing posts with label bulan puasa ramadan. Show all posts

04 October 2011

Ceramah Ramadhan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun tadi baru jar like satu page ni, page facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Anda kenal beliau? pada yang tak kenal boleh rujuk video ceramah beliau dibawah ataupun boleh rujuk fanpage di facebook.com.

Rasanya masyarakat mula kenal beliau apabila ustaz ni keluar di kaca TV alhijrah dalam program Ihya Ramadhan. Nampaknya Lanun memang lambat lah kenal Ustaz Don Daniyal ni. Dah masuk Zulkaedah dah baru nak tengok video ustaz yang special namanya ni.

Apa yang Lanun baca di internet, keluarganya dan saudaranya memang ada "Don" Don ni. Agaknya sapa nama "Don" tu adalah kaitan dengan Ustaz muda ni. Beliau ni kerja di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) sebagai pensyarah muda. Beliau belajar di Al Azhar dalam bidang Qiraat, dan adik beradiknya juga baik baik perangai belaka, alhamdulillah.. itulah serba sedikit yang Lanun dapat di internet tentang latar belakang beliau. Wallahualam..

Link Youtube :
Video Ceramah Ustaz Don Daniyal Ihya Ramadhan :
++ Siri 1 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]
++ Siri 2 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]

p/s : Syukur, ada pelapis ulamak ulamak.. macam keluarga Din. (Harun Din, Hassan Din dan sbgnya...)

01 August 2010

Dah Sedia Ke? : Persiapan Menjelang Puasa Bulan Ramadhan

4 komen disini yer..
Salam..
Saat Lanun buat post ni pada tanggal 20 Syaaban dah, maksudnya lebih kurang 10 begitu saja lagi untuk masuk ke Bulan Ramadhan. Mungkin kalau di tanya apa persiapan hari raya panjang lebar orang boleh jawab, tapi persiapan bulan puasa ramadhan ni macam mana pulak?


Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
Untuk penjelasan panjang lebar setia perkara diatas sila klik laman blog Ustaz Ahmad.
Lanun copy and paste dari blog Ustaz Ahmad Adnan Fadhil ataupun di Ilmu Dan Ulamak