Showing posts with label pencipta pendrive. Show all posts
Showing posts with label pencipta pendrive. Show all posts

13 June 2011

Pencipta iPhone4 Salah Seorangnya Rakyat Malaysia

3 komen disini yer..


Ketika ramai bercerita dan kagum dengan kecanggihan telefon bimbit pintar generasi keempat, iPhone4, rakyat Malaysia boleh berbangga di sebalik kejayaan itu kerana salah seorang pereka ciptanya adalah anak tempatan.

Salah seorang yang terlibat dalam merealisasikan gajet terbaru itu ialah Timothy Seng Yen Lim, 24, rakyat Malaysia yang diberi kepercayaan oleh syarikat Apple untuk menghasilkan iPhone4.

"Semasa bekerja dengan Apple pada 2008, saya bertanggungjawab untuk merangka model terbaru iPhone itu bagi memastikan ia lebih baik daripada gajet sebelumnya.

"Bekerja di Apple merupakan impian saya sejak dahulu lagi dan apa yang dipelajari di Universiti Stanford telah saya aplikasikan dalam proses rekaan gajet tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Timothy yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Biomekanikal dan Pengurusan Sains dan Kejuruteraan daripada Universiti Stanford.

Beliau sebelum itu pernah muncul sebagai pelajar Asia pertama yang mendapat 16A1 dalam peperiksaan A Level yang melayakkannya ditawarkan ke Universiti Stanford.

Selain bijak dalam akademik, Timothy juga aktif berpesatuan dan pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya.

Timothy berkata, beliau merancang untuk berkhidmat di negara ini setelah cukup menimba pengalaman dan kemahiran di luar negara.

Beliau kini berkhidmat sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan untuk syarikat Internet terkenal, Yahoo! Inc. di AS bagi merumus semula organisasi tersebut menjadi syarikat berita dan komunikasi tersohor dunia.

Sumber : Utusan Malaysia & BillyInfo.blogspot.com

28 July 2009

RESPEK : Pencipta PENDRIVE..Org Msia???

0 komen disini yer..

Gua selalu tertanya2 sape la yg cipta USB pen drive nie... setelah berbulan2 mengkaji dlm tenet baru skg aku tau sape, dan yg paling membanggakan skali ialah penciptanya merupakan anak Malaysia kita!

Nama org tu ialah Pua Khein Seng (gambau), seorg engineer juga presiden sykt Phison Electronics Corp, umor 31 thn, asal Sekinchan, Selangor dan skg menetap di Taipei, Taiwan.



Pd awalnya Khien Seng berhijrah ke Taiwan utk melanjutkan pengajian dlm bidang kejuruteraan. Tapi penglibatan die dlm perniagaan membuatkan Khien Seng terus menetap di Taiwan sehingga skg.

Khien Seng dan 4 org rakan setugasnya (1 warga Malaysia, 3 warga tempatan Taiwan) telah membuka sykt Phison Electronics Corp pd November 2000. Dlm masa 6 bulan, skyt diorg berjaya menghasilkan ciptaan terbaru iaitu alat menyimpan data USB yg mana hari ni dipanggil sebagai pen drive. Pd usia 27 thn, Khien Seng dan rakan2 nya merupakan org2 yg pertama dlm dunia mencipta USB Drive SoC (System on Chip).

Kisah lanjut ttg Pua Khien Seng boleh dibaca di link ini: Pua's Mighty Pen