Showing posts with label gambar aneh. Show all posts
Showing posts with label gambar aneh. Show all posts

18 April 2012

VIP terpaksa hidang air, Layan tetamu sendiri??

1 komen disini yer..

Salam..
VIP seorang menteri besar terpaksa melayan tetamu sendiri, kerana ketiadaan orang gaji?? Bukan begitu.. hakikatnya memang beliau tidak ada orang gaji. Siapa tidak kenal tokoh ini, baru baru ini beliau menerima tetamu dari indonesia dan beliau lah sendiri yang melayan tetamu dengan menhidangkan air kepada tetamunya. Ada tak menteri lain macam ni? Siapa yang lebih berhati rakyat? Lanun sayang TGNA.

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah) - HarakahDaily.

12 October 2011

Kantoi, Akademi Budaya Tiru Keris Cokmar UTeM Bulat Bulat...

3 komen disini yer..
Salam..
Kelakar betul lah dengan gambar yang kat bawah ni. Ia adalah printscreen daripada laman web Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan yang paparkan banner konvokesyen yang ke 8 nya. (leh check laman web) Yang tak tahannya, Kantoi Kantoi... banner laman web konvo dieorang di copy and paste direct sejibik daripada banner Konvo UTeM yang ke 6 ( masa Lanun konvo ni tau.. ha3 )

Buktinya? lihat logo UTeM masih lagi tersergam indah di keris / cokmar tu. Adakah designer lupa nak edit? atau nak cepat? Aduhai.. please lar.. Hak Cipta Terpelihara tau. Lanun bekas student UTeM rasa simpati lak dengan designer laman web akademi budaya tu ha3. Bukan keris saja, font pun nak sama dah, design background pun lebey kurang saja.

Apa pendapat anda? nak lihat sendiri plagiat ini? Klik Laman Web Aswara

Gambar ni Lanun edit sket, tambah gambar beg jubah Lanun masa KOnvo ke 6 lalu.
Credit n Source : Facebook Adly's

17 June 2011

Berlari Atas Air, Cabang Sukan Baru??

2 komen disini yer..


Salam..
Malam tadi sempat layan satu video Youtube [9juta views] ni yang bertajuk "Walk on water (Liquid Mountaineering)". Agak terkejut pada mula mula dengar tajuknya sebab dia kata Walk atau Jalan, tapi sebenarnya berlari. Mungkin perkataan berjalan tu tak sesuai dengan apa yang dieorang buat.

Prinsip Baling Batu atas air..
Sebenarnya, video ni tak menipu pun. Ia sama dengan prinsip batu yang kita baling dengan laju di permukaan air. Batu tu walaupun berat tetapi disebabkan halaju dan bentuk fizikal air menyebabkan ia melantun lantun. Itulah apa yang kumpulan liquid mountaineering ni buat.. Sains!. Sebab tu dieorang pakai kasut khas dan baju yang solid macam tu untuk kurangkan rintangan angin.

Kasut 100 water proof
Video kat atas juga adalah satu commercial ads untuk kasut kalis air HI Tec (menarik gak kasut ni). Jadi sapa nak maklumat lanjut tentang "sukan" baru nih boleh klik blog dieorang liquidmountaineering.blogspot.com dan kalau nak tahu pasal kasut tu rujuk link ni pulak www.hi-tec.com/infinity/uk/liquid-mountaineering. Ada banyak lagi video di link Lanun bagi atas ni.

Sumber asal : Carigold by Effies

30 May 2011

Tak Kena Tempat

1 komen disini yer..

Salam.. 
1 Gambar hangat sekejap tadi kat Facebook kawan Lanun bila gambar tu menunjukkan 4 orang belia bergambar di hadapan Bas Mara Liner yang terlibat dalam kemalangan pada 1 Treler 3 Bas 1 Proton Persona ( Sri maju, Mara Liner, dan Intercity ). Kalau bergambar biasa biasa takpa ni seakan akan seronok pulak.

Lanun rasa tak kena tempat korang bergambar macam tu, sekiranya korang termasuk dalam 10 orang penumpang bas lain yang cedera tu pasti korang tak kan berseronok macam tu. Marah mangsa kemalangan ni bila tengok gambar ni. Semoga jadi pengajaran pada semua.

p/s : Sahabat kepada kawan Lanun tu adalah pemandu kereta Persona yang terlibat dalam kemalangan tu. Alhamdulillah cuma cedera ringan saja.

Gambar Ulat Bulu Gergasi & Aneh Serang Yogyakarta dan Jawa Timur

3 komen disini yer..


Tekan butang play..then next next.. ada 6 foto

Salam..
Lanun terbaca mengenai berita nih kat Berita Harian Online [berita asal], dimana Jakarta diserang ulat bulu yang saiznya besar dan bentuknya juga tidak pernah dijumpai sebelum ni. Hmm..pelik pelik la kan sekarang. Ada saja perkara pelik yang berlaku.

Menurut apa yang Lanun baca ulat ni berbulu tebal jadi menyebabkan bentuk fizikalnya nampak besar. Selain tu ia susah nak dibunuh dengan semburan racun biasa. Disebabkan tu, wabak ulat bulu ni dah musnahkan 8,800 pokok mangga hasil periuk nasi rakyat disana. Patut kita bom ke? 

Dibawah ni Lanun sediakan beberapa koleksi gambar ulat bulu gergasi ni yang Lanun kumpul dari merata website. Ehem2..Sekiranya ada imej yang salah sila tegur & Lanun mohon maaf. 

29 March 2011

Fenomena Aneh Ikan Sardin Naik Ke Pantai Acapulco Maxico

3 komen disini yer..
Satu fenomena yang aneh dimana kumpulan ikan sardin naik ke persisiran pantai bagaikan lari dari sesuatu. Fenomena aneh ini awal Mac lalu, telah dikaitkan dengan tsunami di Jepun. Tetapi pakar geologi masih tak dapat mengesahkan kaitan dua peristiwa ini. Berikutan fenomena ini berpusu pusu Nelayan di Pantai Acupulco Mexico menangkap kumpulan ikan ini. 

Jika kita masih ingat dahulu semasa tsunami di Acheh memang kejadian haiwan laut yang bertambah tiba tiba di pantai menjadi petunjuk sesuatu akan datang dari laut.







24 January 2010

Di Siksa : Bila Manusia Lebih Binatang Dari Binatang.....

27 komen disini yer..
Salam...
Korang sihat? c.u lak? sihat? he3.. Kali ni Lanun nak share satu cerita berkaitan satu hidangan yang cukup terkenal di France/Perancis "Foie Gras". Foie Gras bermaksud "hati berlemak"( fat liver) , hidangan yang kontroversi dan mewah.

Apa yang kontroversi makanan ni bagaimana nak dapat Foie Gras ni? memang  bahan utama dari hati angsa, tapi hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver). angsa akan dipaksa makan sehingga menderita dan hatinya tu lah yang digunakn untuk dimasak. Oh! manusia kamu memang melampaui batas!!

[DIBAWAH : TENGOK GAMBAR ANGSA DIPAKSA/ DISEKSA SEMI HIDANGAN MANUSIA]

10 January 2010

KOLEKSI : Gambar Paling HOT 2008 dan 2009... Download...

3 komen disini yer..
Salam...

Lu orang nak gambar/ pics terhebat, terpanas, hot, dari photographer seluruh dunia, koleksi photoshoot di setiap pelusuk dunia. Photoshoot angle terbaik baik dalam bencana, perang, peristiwa penting seluruh dunia dan banyak lagi.. Terdapat dua koleksi iaitu tahun 2008 dan 2009 ? korang boleh download, setiap koleksi ader 120 keping photo jadi 240 semuanya...memang cun, angle yang terbaik, view terbaik. Korang mesti teruja dengan koleksi ni.

Download Koleksi 2008 KLIK SINI           Download Koleksi 2009 KLIK SINI


31 July 2009

PELIK : Ini babi? kambing biri2 ? or babiri? bambing?

3 komen disini yer..
Salam...

Kebetulan sekarang musim selesema babi, gua bawakan pada korang pembaca dan pengikut lanunsepet seantero dunia (dunia? perasan..gua nie)mengenai spesies babi . Gambar ni memang menkonpiuskan aku, sebab..aku memang tak arif langsung pasal spesies babi nie.. Bila tgk gambar nie..aku tambah konpius..

Cuba korang tengok.. Ini babi? kambing biri2 ? or babiri? bambing? arghh..korang tengoklah sendiri...





27 July 2009

Pelik : Kedai Dosa

0 komen disini yer..
Salam....

Hmm...sedang gua surfing2 dalm internet...tgk2..selam2...klik2... gua jumpa satu gambar menarik...pelik jugak gambar nie... Tak sangka ada kedai gini kat bumi kite nie...
Kedai Dosa.. (tak caya?)

Cuba korang sume fikir2 kan... Dosa orang tak nak wat..tapi dier wat kedai dosa pulak...Niaga Dosa ke aper??

Ok..korang tengok..pastu lu peras la otak lu sendiri....he3..

Klik baca sepenuhnya untuk tengok GAMBAR "KEDAI DOSA" (Dosa import eksort he3)


Amacam?....Kan gua dah kata memang ade....

Haa..Ni agak2nyer guane rasenyer...Hukum minum air ni dosa tak??
Lanun : Macam2 lar...Jauhkan la diri dari dosa2....