Showing posts with label pesta konvo. Show all posts
Showing posts with label pesta konvo. Show all posts

12 October 2011

Kantoi, Akademi Budaya Tiru Keris Cokmar UTeM Bulat Bulat...

3 komen disini yer..
Salam..
Kelakar betul lah dengan gambar yang kat bawah ni. Ia adalah printscreen daripada laman web Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan yang paparkan banner konvokesyen yang ke 8 nya. (leh check laman web) Yang tak tahannya, Kantoi Kantoi... banner laman web konvo dieorang di copy and paste direct sejibik daripada banner Konvo UTeM yang ke 6 ( masa Lanun konvo ni tau.. ha3 )

Buktinya? lihat logo UTeM masih lagi tersergam indah di keris / cokmar tu. Adakah designer lupa nak edit? atau nak cepat? Aduhai.. please lar.. Hak Cipta Terpelihara tau. Lanun bekas student UTeM rasa simpati lak dengan designer laman web akademi budaya tu ha3. Bukan keris saja, font pun nak sama dah, design background pun lebey kurang saja.

Apa pendapat anda? nak lihat sendiri plagiat ini? Klik Laman Web Aswara

Gambar ni Lanun edit sket, tambah gambar beg jubah Lanun masa KOnvo ke 6 lalu.
Credit n Source : Facebook Adly's

10 August 2010

Konvokesyen UTEM ke 6 : Aku Graduan UTEM !!

15 komen disini yer..
ramai tak datang?? he3
Salam..
Atas sebab kesibukan bersama keluarga tercinta yang hadir ke Melaka untuk konvokesyen kali ni Lanun tak sempat nak update. Hari Konvokeseyen yang berlangsung 2 hari merupakan hari yang cukup bahagia dan bermakna untuk Lanun dan adik. 

Alhamdulillah semua adik beradik dan ipar datang dengan anak anak buah kecual 2 orang adik Lanun yang terpaksa menghadiri kelas, jadi tak dapat hadir mengisi dan menambah perasaan seronok dengan kejayaan bergekar graduan dengan perasaan bahagia. Siapa tak gembira bila bersama sama dengan insan insan tersayang menyambut hari yang pasti dikenang sampai bila bila. 

Lanun sempat bawa dieorang berjalan jalan di Mydin Mall Melaka sahaja disebabkan kekangan masa dan kepenatan orang tua Lanun. Walau dekat tapi ia tetap seronok. Dieorang jugak jadi mangsa kerahan Lanun bila Lanun paksa posing sana sini dengan pelbagai gaya he3. Sampaikan kami balik lewat dari dewan besar UTEM. 

Terima kasih Mak dan Ayah dan semua adik beradik keluarga ZIS sebab hadir untuk sambut kami berdua beradik berkonvokesyen. Lanun tahu korang semua penat tapi tetap gagahkan diri dan luangkan masa untuk majlis kali ini. Terima kasih semua dan Tahniah jugak pada kawan kawan.