Showing posts with label gambar hot. Show all posts
Showing posts with label gambar hot. Show all posts

12 April 2010

Gambar Curi : Aksi Aksi Candid Yang Dirakam Lensa Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...

Tadi Lanun selongkar balik folder gambar yang Lanun transfer dari Hp Sony Ericson W890i. Macam macam gambar ada dalam folder tu. Nak delete pun sayang tau, gambar-gambar dari situasi, event dan aksi yang tak boleh nak ulang semula, hanya lensa kamera saja mampu merakamnya.. chewah.

Semester ni nak habis dah, pasni semua akan jadi kenangan, kenangan zaman stadi. Hari ni Lanun akan sharekan beberapa gambar candid yg Lanun amik secara curi-curi masa semester lepas. Buh sket dulu yang lain hari lain he3. Ok jom layan sama sama.

Gambar ni Lanun amik masa nak kena saman ngan safety guard utem, kes amik jalan shortcut lawan arus.. he3.. Nasib baik just kena warning jer. Nak cepat punya pasal.
Bawah ade lagi...

11 February 2010

Drakula Sebenar : Kehidupan Si Penghisap Darah..

10 komen disini yer..
Salam...

Lama dah tak post benda-benda gnie.. Kali ni lanun nak kongsikan lifecylce bagi golongan penghisap darah drakula yang sebenar-benarnyer kat muka bumi nih. Ada hampir 40 gambar untuk korang tengok kat bawah ni. Picture to lanun kecik kan, so kalu nak zoom nak renung betul-betul si drakula klik je k.

Bila korang tengok nanti mesti rasa takjub dengan kebesaran Allah dan kebijaksanaanNya yang mencipta makhluk yang kompleks, dan pelbagai guna. Tiada satu pun yang sia-sia penciptaan makhluk kat muka bumi ni. Subhanallah..

Ok.. Jom layan.. :-)

p/s : kalu geli..cepat2 tutup yer (terutama kat c.u he3)


10 January 2010

KOLEKSI : Gambar Paling HOT 2008 dan 2009... Download...

3 komen disini yer..
Salam...

Lu orang nak gambar/ pics terhebat, terpanas, hot, dari photographer seluruh dunia, koleksi photoshoot di setiap pelusuk dunia. Photoshoot angle terbaik baik dalam bencana, perang, peristiwa penting seluruh dunia dan banyak lagi.. Terdapat dua koleksi iaitu tahun 2008 dan 2009 ? korang boleh download, setiap koleksi ader 120 keping photo jadi 240 semuanya...memang cun, angle yang terbaik, view terbaik. Korang mesti teruja dengan koleksi ni.

Download Koleksi 2008 KLIK SINI           Download Koleksi 2009 KLIK SINI


27 July 2009

Pelik : Kedai Dosa

0 komen disini yer..
Salam....

Hmm...sedang gua surfing2 dalm internet...tgk2..selam2...klik2... gua jumpa satu gambar menarik...pelik jugak gambar nie... Tak sangka ada kedai gini kat bumi kite nie...
Kedai Dosa.. (tak caya?)

Cuba korang sume fikir2 kan... Dosa orang tak nak wat..tapi dier wat kedai dosa pulak...Niaga Dosa ke aper??

Ok..korang tengok..pastu lu peras la otak lu sendiri....he3..

Klik baca sepenuhnya untuk tengok GAMBAR "KEDAI DOSA" (Dosa import eksort he3)


Amacam?....Kan gua dah kata memang ade....

Haa..Ni agak2nyer guane rasenyer...Hukum minum air ni dosa tak??
Lanun : Macam2 lar...Jauhkan la diri dari dosa2....


25 July 2009

Emmm....satu kepuasan......

0 komen disini yer..


  1. “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.( Surah Ali’ Imran: 38 )
  2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)
  3. “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)














amacam? mesti pas tgk rase macam nak nguapppp ja kan.....tutup mulut anda.....he3.....ngantuknyerrrrrr............