
Salam...
Harian Metro merupakan surat khabar yang cukup popular tak kira di pasaran luar mahupun kat internet. Harian Metro juga cukup terkenal dengan pelbagai tajuk tajuk HANGAT yang dipaparkan di muka hadapan surat khabar dieorang.
Ada saja pendedahan dieorang mengenai pelbagai jenayah dan maksiat. Contohnya mengenai pelacur, seks bebas, pelajar jual badan, perempuan simpanan, anak ikan dan macam macam lagi. Pendedahan Harian Metro ni memang lengkap dan jalan ceritanya memang cukup cukup menarik sehingga ramai orang tertarik membaca dan membelinya. Memang laku tajuk macam gitu kan.
Yang Lanun geram dalam artikel Harian Metro tu kadang menceritakan "indahnya", n "seronoknya" hidup pelaku maksiat tu dengan duit, kemewahan serta "keseronokan" yang dieorg dapat melakukan maksiat tu. Harian Metro tak cerita pun yang ini salah, ini maksiat, ini hukumnya haram, ini bahaya. takdapun..ia seperti ceritakan saja "keindahanya" hu3.. sedih n geram.
PERSOALAN... di kepala Lanun, apakah Harian Metro buat selepas dedah semua cerita ni? adakah sekadar dedah dan tak buat tindakan pape? bagi Lanun ia seakan akan melindungi dan membiarkan pelaku maksiat dan jenayah ni begitu sahaja selepas mengambil dan siarkan cerita mereka. Adakah Harian Metro nasihat dieorg? Report kat pejabat agama? hantar dieorg pergi sekolah pulih akhlak? atau Harian Metro biarkan saja?
Ada sapa sapa leh jawab..? Pendapat Korang?