Showing posts with label buang. Show all posts
Showing posts with label buang. Show all posts

18 October 2010

7 Hal Penting Diajar Kepada Anak

4 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan apa yang Lanun baca dari blog idhamlim mengenai 7 perkara yang perlu diajarkan kepada anak anak kita. Selain dari agama yang menjadi asas pembesaran anak anak 7 perkara ini juga antara perkara yang penting untuk melahirkan anak anak yang bertanggungjawab dan berdikari.
  1. Mencuci pakaian sendiri
  2. Memasak yang sederhana
  3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri
  4. Memilih teman yang baik
  5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan
  6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun
  7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik
Untuk baca penerangan setiap 7 point ini silakan ke link berikut : Blog Idhamlim - 7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak  

17 October 2010

Apa yang Harian Metro buat selepas selongkar cerita seseorang individu buat maksiat..??

13 komen disini yer..

Salam...
Harian Metro merupakan surat khabar yang cukup popular tak kira di pasaran luar mahupun kat internet. Harian Metro juga cukup terkenal dengan pelbagai tajuk tajuk HANGAT yang dipaparkan di muka hadapan surat khabar dieorang.

Ada saja pendedahan dieorang mengenai pelbagai jenayah dan maksiat. Contohnya mengenai pelacur, seks bebas, pelajar jual badan, perempuan simpanan, anak ikan dan macam macam lagi. Pendedahan Harian Metro ni memang lengkap dan jalan ceritanya memang cukup cukup menarik sehingga ramai orang tertarik membaca dan membelinya. Memang laku tajuk macam gitu kan.

Yang Lanun geram dalam artikel Harian Metro tu kadang menceritakan "indahnya", n "seronoknya" hidup pelaku maksiat tu dengan duit, kemewahan serta "keseronokan" yang dieorg dapat melakukan maksiat tu. Harian Metro tak cerita pun yang ini salah, ini maksiat, ini hukumnya haram, ini bahaya. takdapun..ia seperti ceritakan saja "keindahanya" hu3.. sedih n geram.

PERSOALAN... di kepala Lanun, apakah Harian Metro buat selepas dedah semua cerita ni? adakah sekadar dedah dan tak buat tindakan pape? bagi Lanun ia seakan akan melindungi dan membiarkan pelaku maksiat dan jenayah ni begitu sahaja selepas mengambil dan siarkan cerita mereka. Adakah Harian Metro nasihat dieorg? Report kat pejabat agama? hantar dieorg pergi sekolah pulih akhlak? atau Harian Metro biarkan saja?

Ada sapa sapa leh jawab..? Pendapat Korang?