Showing posts with label maksiat. Show all posts
Showing posts with label maksiat. Show all posts

14 June 2011

Statistik Permohonan Murtad Di Malaysia

4 komen disini yer..

Salam..
Sekadar berkongsikan berita yang Lanun baca sebentar tadi di MalaysiaKini. Jumlah permohonan untuk murtad yakni meninggalkan Islam yang terbesar sekali adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Sejumlah 135 yang memohon untuk meninggalkan agama Islam telah diluluskan.

Sama sama kita fikirkan apekah puncanya? 

Astaghfirullah.. Semoga Allah menetapkan hati hati muslimin dan muslimat. [Baca berita penuh klik sini]

Menteri Jamil Khir menafikan yang sebanyak 135 permohonan diluluskan. Angka yang dimaksudkannya adalah salah faham sebenarnya.. Sila baca lagi disini..

17 October 2010

Apa yang Harian Metro buat selepas selongkar cerita seseorang individu buat maksiat..??

13 komen disini yer..

Salam...
Harian Metro merupakan surat khabar yang cukup popular tak kira di pasaran luar mahupun kat internet. Harian Metro juga cukup terkenal dengan pelbagai tajuk tajuk HANGAT yang dipaparkan di muka hadapan surat khabar dieorang.

Ada saja pendedahan dieorang mengenai pelbagai jenayah dan maksiat. Contohnya mengenai pelacur, seks bebas, pelajar jual badan, perempuan simpanan, anak ikan dan macam macam lagi. Pendedahan Harian Metro ni memang lengkap dan jalan ceritanya memang cukup cukup menarik sehingga ramai orang tertarik membaca dan membelinya. Memang laku tajuk macam gitu kan.

Yang Lanun geram dalam artikel Harian Metro tu kadang menceritakan "indahnya", n "seronoknya" hidup pelaku maksiat tu dengan duit, kemewahan serta "keseronokan" yang dieorg dapat melakukan maksiat tu. Harian Metro tak cerita pun yang ini salah, ini maksiat, ini hukumnya haram, ini bahaya. takdapun..ia seperti ceritakan saja "keindahanya" hu3.. sedih n geram.

PERSOALAN... di kepala Lanun, apakah Harian Metro buat selepas dedah semua cerita ni? adakah sekadar dedah dan tak buat tindakan pape? bagi Lanun ia seakan akan melindungi dan membiarkan pelaku maksiat dan jenayah ni begitu sahaja selepas mengambil dan siarkan cerita mereka. Adakah Harian Metro nasihat dieorg? Report kat pejabat agama? hantar dieorg pergi sekolah pulih akhlak? atau Harian Metro biarkan saja?

Ada sapa sapa leh jawab..? Pendapat Korang?

19 September 2010

UPSR 2010 2 Hari Sahaja Lagi : Untuk Adik2 Semoga Berjaya dan Do The Best

2 komen disini yer..
Salam...
Lagi 2 Hari UPSR Ujian Penilian Sekolar Rendah akan bermula, mesti semua adik adik yang mengambil UPSR ngah berdebar debar. Dan tak kurang jugak yang tak berdebar debar sebab tak amik series dengan ujian ni. Walaupun ia hanya ujian awal bagi peringkat sekolah rendah, adik adik mesti amik berat kerana melalui itulah kita dapat nilai tahap diri kita. Kenapa UPSR penting bagi adik adik ?:
  1. Jadikan sebagai bukti yang kita dah jalankan amanah sebagai anak yang baik dan rajin
  2. Sebagai tanda terimakasih pada mak dan ayah juga cikgu dan cikgi
  3. Sebagai penilai tahap diri kita sepanjang belajar di sekolah rendah
  4. Sebagai tiket untuk ke sekolah / kelas yang baik untuk yang berminat ke sekolah berasrama penuh.
  5. Sebagai nilai tambah diri kita.
  6. Sebagai pendorong dan motivasi pada adik adik dibawah kita.
Abang Lanun mengucapkan Semoga Berjaya Good Luck dan Do The Best pada adik Lanun sendiri yang akan amik UPSR minggu depan, juga pada 3 orang anak buah CoklatUngu yang juga sama ambil UPSR di Kedah serta semua calon calon UPSR 2010. All The Best.... 

Pesanan Abang Lanun :
  1. Ada masa review sket sket
  2. Jaga Kesihatan & Rehat secukupnya.
  3. Mintak izin Ibu Ayah Abang Kakak Cikgu Cikgi
  4. Mintak doa mereka
  5. Banyakkan berdoa dan baca AlQuran
  6. Jauhkan dari aktiviti tak elok.

17 July 2010

Realiti Imam Muda : Pendapat Korang?

8 komen disini yer..

Sepuluh orang calon Imam Muda :
Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Laman Web Rasmi : Imam Muda
Laman Facebook : Imam Muda 106 Fan Page

Lanun tertarik masa 1st time dengar pasal rancangan realiti baru Imam Muda ni, tapi tak tengok tengok pun sebab sibuk dengan keje, internet pun payah sekarang. Pada yang layan cite ni apa yer pendapat korang dengan rancangan nie? Sesuai tak? boleh tak korang rasa dieorang capai objektif?