Showing posts with label tips belajar. Show all posts
Showing posts with label tips belajar. Show all posts

19 September 2010

UPSR 2010 2 Hari Sahaja Lagi : Untuk Adik2 Semoga Berjaya dan Do The Best

2 komen disini yer..
Salam...
Lagi 2 Hari UPSR Ujian Penilian Sekolar Rendah akan bermula, mesti semua adik adik yang mengambil UPSR ngah berdebar debar. Dan tak kurang jugak yang tak berdebar debar sebab tak amik series dengan ujian ni. Walaupun ia hanya ujian awal bagi peringkat sekolah rendah, adik adik mesti amik berat kerana melalui itulah kita dapat nilai tahap diri kita. Kenapa UPSR penting bagi adik adik ?:
  1. Jadikan sebagai bukti yang kita dah jalankan amanah sebagai anak yang baik dan rajin
  2. Sebagai tanda terimakasih pada mak dan ayah juga cikgu dan cikgi
  3. Sebagai penilai tahap diri kita sepanjang belajar di sekolah rendah
  4. Sebagai tiket untuk ke sekolah / kelas yang baik untuk yang berminat ke sekolah berasrama penuh.
  5. Sebagai nilai tambah diri kita.
  6. Sebagai pendorong dan motivasi pada adik adik dibawah kita.
Abang Lanun mengucapkan Semoga Berjaya Good Luck dan Do The Best pada adik Lanun sendiri yang akan amik UPSR minggu depan, juga pada 3 orang anak buah CoklatUngu yang juga sama ambil UPSR di Kedah serta semua calon calon UPSR 2010. All The Best.... 

Pesanan Abang Lanun :
  1. Ada masa review sket sket
  2. Jaga Kesihatan & Rehat secukupnya.
  3. Mintak izin Ibu Ayah Abang Kakak Cikgu Cikgi
  4. Mintak doa mereka
  5. Banyakkan berdoa dan baca AlQuran
  6. Jauhkan dari aktiviti tak elok.

16 April 2010

Tips Belajar Last Minute & Kalut Dari Blog Lanunsepet Sempena Musim Final Exam......

7 komen disini yer..
Salam...

Hari ini dalam kekalutan Lanun buat persiapan hadapi minggu final exam. Bukan taknak prepare awal, cuma sebagai student keje kiter bukan study 1 benda jar, banyak lagi benda lain macam report, projek, assignment, facebook,blog n bla3 he3. Kadang kadang dah prepare awal pun jadi kelam kabut jugak. Tu sebab kiter ni seorang yang kelam kabut maksudnyer heheh. Lanun kadang gitu lar, study suke last minute, mane taknyer bila dah sudden death tu la baru timbul rase nak study n rase nak kosentret.  

Rasanya biasalah tu, korang pun same gak kan, mule tu rileks lar, bila dah dekat barulah nak study. Same jar mane mane, yang penting cara study tu betul. Lanun akan kongsikan dengan semua beberapa tips yang boleh membantu anda untuk study last minute atau time kalut:
  1. Pertama : Tekankan ape yang lecturer kata masuk final; kumpulkan tips tips dari kawan kawan supaya nampak scope tu lebih kecil, mudah kiter nak target.
  2. Kedua : Jangan study jap bab tu jap bab ni. Macam tu boleh  serabutkan otak kita. Mulakan dengan sepatutnya mula la k. Bila serabut, kita jadi kelamkabut, and silap jam kang hang pulak.
  3. Ketiga : Mulakan dengan bab yang paling kita paham dan minat. Kalu taknak study ikut turutan bab boleh study ikut yang korang minat dulu. Contohnya bab 3 lagi mudah n korang minat dari bab 2 jadi kosentret dulu bab 3 tu. Bila start dengan yang mudah pressure akan kurang, mudah lah nak masuk.
  4. Keempat : Jangan bazir masa salin lagi nota tu,masa tak cukup!. just bincang ngan kawan buat soal jawab. Dengan cara tu korang akan lebih paham, lebih mudah nak ingat. Kalu salin balik, jawabnya masa tambah la lg tak cukup. Masa tu nyawa bro ~~
  5. Kelima : Stay up setakat anda mampu, kalu paper tu pagi. Stay up lah sampai ke pagi dan terus pergi exam. Lanun pernah buat gitu. Maklumlah terdesak punya pasal. Tapi siang tu backuplah tidur sekejap. Takpun dalam pas magrib, or pukul 10-12 tu tido sekejap. sekejap k, jangan balun sampai esok pagi lak, tu jawabnya menangis lar. Balik exam, backup balik tidur tu. recharge ~~ Amaran : tak biasa jgn buat gni.
Ni la aper yang Lanun amalkan kalau dah last minit, harap membantu n nak tambah pun tak da hal. Ape ape pun doa dan usaha tu lah paling penting. Study awal adalah kunci kejayaan, last minit ni menyiksa badan dan otak sebenarnya kan, korang yang pernah alami mesti tau punye. 1 lg solat subuh tu jangan tinggal begitu jugak solat yang lain (pesanan untuk Lanun). Teringat pesanan bonda hu3.. Ok jumper lagi, salam...

25 October 2009

Tips Belajar Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

8 komen disini yer..
Salam...


Tak lama kita semua akan menghadapi minggu peperiksaan akhir. pastinya dah ramai yang dah start study kan? lanun ucapkan selamat berjuang dan apa kata luangkan masa baca sedikti tips untuk berjaya dalam belajar. tips ini dari Dr fadhilah kamsah Pakat motovasi terkenal tanah air. Ikuti tips-tips berikut:


Tip 1

Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

Tip 3

Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

Lagi Tips dibawah....

Tip 4

Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5

Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6

Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7

Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8

Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9

Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

Tip 10

Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Tip 11

Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

Tip 12

Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

Tip 13

Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

Tip 14

Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Tip 15

Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Tip 16

Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.

Tip 17

Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.

Tip 18

Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 19

Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 20

Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

Tip 21

Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Tip 22

Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

Tip 23

Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

Tip 24

Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.

Tip 25

Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.

Tip 26

Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.

Tip 27

Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.

Tip 28

Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

Tip 29

Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

Tip 30

Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.

Tip 31

Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.

Tip 32

Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.

Tip 33

Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Tip 34

Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

Tip 35

Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

Tip 36

Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

Tip 37

Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

Tip 38

Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Tip 39

Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

Tip 40

Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

Tip 41

Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Tip 42

Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Tip 43

Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Tip 44

Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.

Tip 45

Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.

Tip 46

Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.

Tip 47

Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Tip 48

Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

Tip 49

Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

Tip 50

Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.

Tip 51

Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.

Tip 52

Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Tip 53

Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

Tip 54

Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.

Tip 55

Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.

Tip 56

Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.

Tip 57

Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.

Tip 58

Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.

Tip 59

Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.

Tip 60

Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

Tip 61

Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang

Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

* Back To Halaman Utama *