Showing posts with label anak melayu. Show all posts
Showing posts with label anak melayu. Show all posts

16 October 2011

Yang Di Pertuan Agong ke 14

0 komen disini yer..

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.

Baginda akan menjadi YDP Agong ke 14, dan sebelum ini pernah menyandangnya pada 1970 -1975 untuk Yang di Pertuan agong ke 5. Untuk sedikit latar belakang beliau bolehlah melawat link ini [wiki : Sultan Abdul Halim ]

Untuk senarai YDP Agong dari yang pertama 1957 hingga sekarang bolehlah klik link ini yer [ Senarai lengkap Yang Dipertuan agong 1- 14 ] Harapan Lanun semoga YDP agong dapat menjalankan tugas dengan amanah, adil dan saksama.

12 April 2010

Gambar Curi : Aksi Aksi Candid Yang Dirakam Lensa Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...

Tadi Lanun selongkar balik folder gambar yang Lanun transfer dari Hp Sony Ericson W890i. Macam macam gambar ada dalam folder tu. Nak delete pun sayang tau, gambar-gambar dari situasi, event dan aksi yang tak boleh nak ulang semula, hanya lensa kamera saja mampu merakamnya.. chewah.

Semester ni nak habis dah, pasni semua akan jadi kenangan, kenangan zaman stadi. Hari ni Lanun akan sharekan beberapa gambar candid yg Lanun amik secara curi-curi masa semester lepas. Buh sket dulu yang lain hari lain he3. Ok jom layan sama sama.

Gambar ni Lanun amik masa nak kena saman ngan safety guard utem, kes amik jalan shortcut lawan arus.. he3.. Nasib baik just kena warning jer. Nak cepat punya pasal.
Bawah ade lagi...