Showing posts with label giliran agong. Show all posts
Showing posts with label giliran agong. Show all posts

16 October 2011

Yang Di Pertuan Agong ke 14

0 komen disini yer..

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.

Baginda akan menjadi YDP Agong ke 14, dan sebelum ini pernah menyandangnya pada 1970 -1975 untuk Yang di Pertuan agong ke 5. Untuk sedikit latar belakang beliau bolehlah melawat link ini [wiki : Sultan Abdul Halim ]

Untuk senarai YDP Agong dari yang pertama 1957 hingga sekarang bolehlah klik link ini yer [ Senarai lengkap Yang Dipertuan agong 1- 14 ] Harapan Lanun semoga YDP agong dapat menjalankan tugas dengan amanah, adil dan saksama.

05 June 2010

Mesej Lanun Kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Sempena Hari Keputeraan YDPA Ke 13

20 komen disini yer..

Salam...
Hari ni merupakan hari keputeraan Yang Di Pertuan Agong kita Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Daulat Tuanku.... Baginda merupakan YDPA yang ke 13 ketua perlembagaan Malaysia bermula 13 Disember 2006 lalu. Nak tahu lebih lanjut tentang baginda dan biodata nya boleh klik disini.

Mesej  Lanun sebagai rakyat jelata kepada YDPA, Lanun berharap baginda dapat terus memerintah dengan adil dan saksama, semoga baginda terus sensitif dan peka terhadap isu rakyat yang turut menjadi tanggungjawab baginda.

Selain tu juga Lanun juga harap baginda dapat memastikan Majlis Raja Raja Melayu sentiasa mempunyai dasar yang jelas dan sentiasa terkedepan dalam isu isu melibatkan rakyat jelata seluruhnya tidak kira bangsa. Dalam kes lesen judi WorldCup 2010 Lanun harap Majlis Raja Raja Melayu mengambil tindakan tegas dengan beri arahan supaya kerajaan menarik balik lesen tersebut. Daulat Tuanku....

Untuk senarai  lengkap Yang Dipertuan Agong Malaysia pertama hingga sekarang (1 -13) sila klik "baca sampai habis"