Showing posts with label h1n1. Show all posts
Showing posts with label h1n1. Show all posts

09 April 2010

H1N1 kembali mengganas.... Jika Anda Rasa Tak Sihat, Pergilah Berjumpe Doktor...

0 komen disini yer..
Salam...
Ya Allah.. risaunya tengok seminggu dua ni ada jar berita pasal jangkitan H1N1. nampaknya, dah makin menular balik kat Malaysia ni. Gelombang ke 2 yang sebelum ini di beritakan telah pun menunjukkan kebenaranya. Lanun menyeru kepada semua pembaca supaya jaga kesihatan korang k. Beberapa nasihat dari  Lanun :
  1. Banyakkan berdoa mintak dijauhkan dari penyakit berjangkit.
  2. Jika korang rasa tak sihat, demam, selsema, suhu badan tinggi, sakit sakit badan, dapat kan rawatan segera sebelum terlambat. 
  3. Jauhkan diri anda dari orang yang kelihatan tak sihat.
  4. Pakai topeng muka jika pergi ke kawasan khalayak ramai.
  5. Banyakkan minum air.
  6. Makan makanan berkhasiat untuk kuatkan antibodi seperti buah buahan.
  7. Jaga adab kalau batuk atau bersin, dan gunakan sapu tangan.
Pesanan Khidmat Masyarakat Ini Di bawa Oleh Blog Lanunsepet

10 August 2009

Mai la ramai2 kita pi pesta konvo..

12 komen disini yer..
Assalamualaikum & Salam mesra kepada anda yang tengah baca ape yang beta tulis ni.. Beta pasti anda semua (terutama yang blaja kat UKM ler) tahu skarang ni dah dekat ngan majlis konvokesyen.. actually bukan UKM jer yang wat konvo bulan 8 ni .. ada lg U2 lain yang turut mengadakan majlis Konvokeyen time2 gni..(Beta tau U yang beta blajar je lar..) hehe.. Bila ada Majlis Konvokesyen kompom lah PESTA KONVOKESYEN pun akan diadakan jugak.. nak wat pesta ni bukan senang oooo.. Pengalaman beta pernah jadi AJK Pesta ni skali pun dah cukup membuatkan beta SERIK korang tau..FUHH !! Penatttt....

Kalo yang btol2 jenis yang cinta dan rela berkorban tu.. silakan..Beta x larang.. Tapi..bagi beta, biarlah beta buang masa ngan benda lain..huhh
OK..kembali pada hajat beta yang sebenarnya...

Actually..beta nak kongsi and menjemput @ mengajak korang beramai2 memeriahkan Pesta konvo ni.. ade macam2 perisian sepanjang pesta ini dijalankan.. kat bawah ni.. beta paparkan jadual aktiviti sepanjang Pesta Konvokesyen UKM ke-37 yang akan diadakan bermula 12 hingga 18 OGOS 2009 nanti.. Jom kita tengok !!




Haa..itulah dia program2 / perisian yang akan dilaksanakan nanti..
Pelbagai kan..?? pilihlah mengikut minat masing2 yang anda fikirkan bagus untuk anda ikuti.. :-) Di samping pelbagai aktiviti menarik yang disediakan tersebut, anda juga berpeluang membeli-belah di Pesta nanti.. Berpuluh2 gerai, (kalo x silap, lebih dari seratus..x pasti..) pakaian, makanan, pameran, kasut.. ish.. pendek kata macam2 gerai lah.. mau penat seminggu kalo beta sebut tiap satu..

bagi yang minat shopping pakaian nih.. macam2 pesyen ada.. longgar,sendat..labuh, singkat.. sumer cukup..tapi korang nak beli tu pada2 lah.. korang tau dosa pahala kan.. pikir2kan lah.. mau mati x smpat tobat naya korang.. Na'uzubillah..
ok lah.. jumpa di Pesta ! JOM JOM JOM..............

Coklat Ungu : Datang jangan X datang.. hehe

09 August 2009

H1N1: 27 Kematian

0 komen disini yer..
JOHOR BAHRU: Seorang wanita hamil meninggal dunia akibat H1N1 di sebuah hospital pakar swasta di sini awal pagi tadi, iaitu kes kematian ketujuh di negeri itu dan ke-27 negara.




31 July 2009

WAJIB BACA : Sebab Allah haramkan babi....

1 komen disini yer..

Soalan

Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.

Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya........Klik baca sepenuhnya...

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.

Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).

Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.

Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.

Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia… babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

UTeM isytihar cuti!!

2 komen disini yer..
As Salam..Buat semua yg bergelar penuntut UTeM..memo dah dkeluarkan bahawasanya UTeM terchenta akan ditutup dr hari ini (31July09) sehingga Khamis(6Aug09) due to H1N1 preventation action..gunakan peluang cuti ini sebaik mungkin..jaga kesihatan korg sume ye!! Moga Allah lindungi kite dari deadly virus ni..bykkan solat hajat..bleh gak aplikasikan Qunut nazilah..

*4BMFB kelas for today ade
cam bese ye..hehe




~klik baca sepenuhnye utk info cuti...

chekZu: Apa erti cuti kalo sakit..?ekk...renung2kan dan selamat beramal... ;)






PELIK : Ini babi? kambing biri2 ? or babiri? bambing?

3 komen disini yer..
Salam...

Kebetulan sekarang musim selesema babi, gua bawakan pada korang pembaca dan pengikut lanunsepet seantero dunia (dunia? perasan..gua nie)mengenai spesies babi . Gambar ni memang menkonpiuskan aku, sebab..aku memang tak arif langsung pasal spesies babi nie.. Bila tgk gambar nie..aku tambah konpius..

Cuba korang tengok.. Ini babi? kambing biri2 ? or babiri? bambing? arghh..korang tengoklah sendiri...





30 July 2009

AIYOO : Roti TESCO Ada Cicak

2 komen disini yer..
Salam....

Kaunter : rm5 bang...roti cicak bersalut cicak
Pembeli : "Sudah...aper citer ni bro... Gua nak beli roti bijan lar... Gua ulang roti bijan... Bukan roti cicak dan bijan..."

Ni dia.. Roti Bijan and dapat free Cicak Rumah sekor...
roti ni dibeli di tesco..tesco mane tak tau...Tapi tesco malaysia kompem.. Gua pun tak tau guane bleh sesat cicak ni dalam roti tu...konpius..konpius...Gua rase die nak makan roti tu...

Tq kepada penyumbang gambau..

Klik Baca sepenuhnya Untuk GAMBAR ROTI ADA CICAK..












LANUN : aiyoo... Macam2 kan... Hati2 k...Gua dah kata BOIKOT tesco....Yahudi..


29 July 2009

H1N1 : MMU Melaka Ditutup!!!

4 komen disini yer..
Salam...
Ni info gua dapat dari sorang member gua.. MMU melaka kat bukit beruang telah ditutup (2 MINGGU) di untuk memastikan wabak selsema babi dapat dikawal di institut tersebut.. Seperti yang kita tahu MMU dihuni oleh pelajar2 dari luar negara. Jadi kebimbangan menularnya wabak tersebut lebih tgi..

LANUN : semoga Allah melindungi kita.. aaminnn..

KHABAR ANGIN INI TIDAK BENAR... KESULITAN AMAT DIKESALI.. THANKS BUDAK MMU.