Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

04 September 2010

Iklan Hari Raya AidilFitri Petronas 2010 1431H Terbaru: Antara Dua Kampung

6 komen disini yer..

Hakcipta Terpelihara Petronas.. Selamat Hari Raya Semua Pembaca Blog Lanunsepet

Salam..
Iklan Hari Raya untuk tahun 2010 ini :-). Kali ini berkisar tentang 2 kampung. Nak raya kampung isteri atau kampung suami ? Tajuk iklan ni Antara 2 Kampung. Ia berasaskan suasana zaman P ramlee dulu dulu dalam cerita antara dua darjat dan Madu Tiga. watak watak dalam ni jugak sebijik macam dalam filem file Allahyarham P. Ramlee.

Untuk iklan  lain korang boleh usyar di : http://www.petronasgreetings.com/2010/

Jangan buat Iklan yang sesat dan terpesong macam ni sudah : Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?

25 April 2010

Antara Blog Panadol Dan Panadol.....Mana Bahaya?

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun rasa ramai yang kenal Panadol. Blogger yang bernama Panadol yang selalu terkenal dengan contest overdose, bukan dier yang overdose k he3 Jangan mare yer panadol, gurau jer. Lanun pun agak selalu jugak g ker blog dier nak amik dose trafik dan bersedekah ha3 sebab Lanun dah bookmark blog dier kat chrome nih. So Cik Panadol, jangan lupa juga yer bersedekah pada Lanun nih. he3

Actually nak citer pasal Panadol (Paracetamol). Panadol bahan dia adalah paracetamol. Bahan ini memang ada kontroversinya kerana boleh bagi side efek pada tubuh kita lebih2 lagi pada hati. Lanun rasa semua dah pernah baca pasal artikel side efek dier. Kalu saper yang tak pernah baca lagi leh sepenuhnya di bawah sekali nanti k.

Lanun ni warisi migrain dari Bonda Lanun. Alhamdulillah hanya migrain ringan tak seberat apa yang bonda Lanun alami. Pada yang alami sakit kepala mesti rajin ambil pain killer, ponstan, dan panadol nih, sebab dulu Lanun dulu pun macam tu. Lanun nak anda beralih lah pada herba yang tidak mepunyai side effect. Lanun pun dah beralih pada produk ni demi menjaga masa depan Lanun. Lanun taknak hati Lanun rosak nanti,
jadi Lanun start amik produk ni :

09 August 2009

Planetarium Melaka KINI DIBUKA FREE!!

7 komen disini yer..
Salam...

Berita baik untuk semua yang suka jalan2..and terutama sekali student UTEM.. Minggu ini planetarium dibuka secara PERCUMA kepada semua..

Korang leh g usyar2 apa yang ada kat sana...
Bagi aku.. Bese jer.. Tak sehebat Planetarium Negara..tapi boleh jar isi masa lapang tgk2 n rehatkan minda yang berserabut.. ok hv fun...

Bawah ni ada BANYAK gambar2 korang tengok... KLIK BACA SEPENUHNYA..















H1N1: 27 Kematian

0 komen disini yer..
JOHOR BAHRU: Seorang wanita hamil meninggal dunia akibat H1N1 di sebuah hospital pakar swasta di sini awal pagi tadi, iaitu kes kematian ketujuh di negeri itu dan ke-27 negara.




08 August 2009

50 Kelebihan Wanita Dari Lelaki.... (Bertuahnya Dirimu....Saudariku...)

6 komen disini yer..
Salam... Semua saudari2 di luar sana... Ketahuilah korang adallah insan yang istimewa dalam dunia ni... Setiap ape yang Allah takdirkan keatas kamu mempunyai ganjaran yang amat besar sekali... Janganlah bersedih... La Tahzan... Sesungguhnya ape yang Allah Janjikan pasti akan datang dan tertunai.. :-)

Betapa bertuahnya dirimu.... Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai seorang wanita...

Senyumlah saudariku... Dirimu begitu istimewa...

Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.”



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa
pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,
maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000
tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu
syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung
ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah
kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat
itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan
malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang
buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu
kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda
Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala
bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan
berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta
di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah
akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi
minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-
taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita

LANUN : Jadialh Wanita Yang Solehah..... :-)


HIROSHIMA 64 Tahun Kemudian.....

0 komen disini yer..


THE AFTER PICTURES ARE VISUALLY EXTRAORDINARY

HIROSHIMA 64 YRS LATER...

Hiroshima, Nagasaki 1945



We all know that Hiroshima and Nagasaki
were destroyed in August 1945 after explosion
of atomic bombs.
However we know little about the progress
made by the people of that land during the
past 62 years.

Here are some photos...

THE COLORFUL CITY

Now









Hard to believe isn't it???

07 August 2009

Kemalangan F1 Paling NGERI......

14 komen disini yer..

Kemalangan F1 Paling Ngeri....

Klik Baca Sepenuhnya Untuk Lihat GAMBAR....




LANUN : He3.... jangan marah..... ngerinyerrrr...

06 August 2009

H1N1 Ni Bala Nik Aziz kata....

0 komen disini yer..
KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihat dan tak tazkirah."

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

PERKEMBANGAN TERBARU : Malaysia mencatat satu lagi kematian membabitkan seorang lelaki berusia 57 tahun di Hospital Putrajaya di sini semalam, menjadikan jumlah kematian disebabkan Influenza A (H1N1) meningkat kepada 14 orang.

Relaks Jap... : Perbezaan Budak Lelaki Dgn Budak Perempuan....

10 komen disini yer..
He3... Yang ni animasi mengenai kehidupan dua insan yang Allah ciptakan sememangnya berbeza...
Bahan bacaan untuk untuk merehatkan minda.. :-)

LANUN : macam2... tapi cam ada betuinyar...he3..













HAVE A NICE DAY!!!