Showing posts with label pics. Show all posts
Showing posts with label pics. Show all posts

10 July 2011

Gambar Perhimpunan Bersih 2.0

0 komen disini yer..


Salam...
Lanun kongsikan galeri koleksi gambar gambar perhimpunan demo Bersih 2.0 yang diadakan hari ini. Ia merupakan berita yang cukup hangat diperkatakan, sehinggakan muncul pelbagai iklan televisyen dan kumpulan demo lain sebagai respon kepada perhimpunan serba kuning ni. Antaranya iklan di TV1, kumpulan Patriot dan Perkasa dan banyak siri tangkapan berikutan aura Bersih ni.

Untuk lihat slideshow gambar gambar semasa Demo Bersih 2.0, Sila KLIK DISINI
*** (Sumber Mkini & Sila beri masa untuk loading ke gambar seterusnya)

12 October 2010

Sharene sofia fadzry tan jadi tumpuan..

7 komen disini yer..

Salam...
Stats Lanun mencatatkan kenaikan minggu ni dalam isu Belanjawan 2011, Perkahwinan anak gadis jutawan Naza Nadia dan juga kemalangan ngeri antara bas, kereta dan van di simpang ampat melaka. Dalam stats hari ini Lanun dapati satu nama telah menjadi carian 10 popular di blog Lanunsepet iaitu :
  • Sharene Sofia Fadzry Tan ( mangsa kemalangan ngeri 10.10.2010)
Siapa kah Sharene Sofia Fadzry Tan? hingga namanya jadi carian.
Rupa rupanya kisah gadis ni begini...

Harian Metro..

Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, penumpang bas ekspres yang maut dalam kemalangan itu berkata ini merupakan tragedi malang untuk anaknya yang pertama kali menaiki bas ekspres. “Anak saya sebelum ini tidak pernah berjalan jauh berseorangan, kalau nak jalan jauh pun kami pergi sekeluarga menaiki kereta,” katanya.

Beliau berkata anaknya ke Kuala Lumpur kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan dan sepatutnya pulang ke Melaka pada esok (Selasa). 

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.


Alfatihah buat gadis ini..  Ikuti kisah penuh Ajal Sharene Sofia selepas merajuk..

KITA DOAKAN ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA ORG2 BERIMAN.. BYKKAN SEDEKAH ALFATIHAH DAN DOA.. ALLAH SYGKAN DIA..