Showing posts with label bida nombor plate. Show all posts
Showing posts with label bida nombor plate. Show all posts

23 June 2010

Trend Beli Nombor Plat Kenderaan Beratus Ribu Untuk Apa?

23 komen disini yer..
Salam..
Hu3.. memang jenis suka membazir punya orang!, sanggup menghabiskan duit semata mata bida nombor plat kenderaan. Terbaru Datuk K suami Siti Nurhaliza beli nombor plate KCT 1 dengan harga RM66 650! Banyak sangat dah duit dieorang kan? Rasanya ada banyak lagi tempat berfaedah boleh si Datuk K ni sumbangkan duit die yang berkepuk kepuk tu. RM66 ribu hanya untuk nombor plat? KCT 1? Untuk bermegah megah?

ni nombor plat memalukan...

Lanun, nak tanya ada sapa tahu tak duit duit bidaan nombor plat pegi tang mana? disalurkan pada JPJ je ke? atau ke mana? kalau ke JPJ sahaja memang JPJ ni leh la jadi antara penguat kuasa paling terkaya kat Malaysia lar, daftarkan nombor lepas tu bidakan pada orang orang kaya. Atau duit ni di beri pada kerajaan Malaysia untuk salurkan pada rakyat di bawah ni? Ada siapa tahu info tak? 

ha3.. ni bukan untuk berbangga..

Fakta sedikit pasal nombor plat : 
1. Shahidan Kassim plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 RM120,000.
2. Exco kerajaan Pahang CCC 3 RM62,400
3. Rekod termahal TAY 1 RM220,000 TAN 1 RM200,090 TAX 1 RM165,000 JJJ 120,000
4. Dato' Seri Adnan CCC 9 RM48,000.
5. Tun Mohd Khalil Yaakob pernah membida MBQ 1 MBN 8 MBN 1
6. ada banyak lagi... seronok dieorg habiskan duit pada benda macam ni.

Trend orang-orang kaya bida  nombor plate ni, semata mata untuk tunjuk lagak dan kekayaan... Jawapan dieorang mungkin : Duit aku..aku punya suka lar..