Showing posts with label edit video. Show all posts
Showing posts with label edit video. Show all posts

30 October 2010

Video Perli Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun jumpa video ni masa mencari page "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower " (Menara Warisan Merdeka 100 tingkat) yang bakal dibina oleh PNB katanya sebagai mercu tanda wawasan 2020 dan meningkatkan ekonomi negara.

Dalam isu ini Lanun pasti masing masing ada pendapat sendiri. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Jangan takut untuk tak setuju kerana masing masing berhak ada pendirian tersendiri. Berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan menara ini atau dalam hal hal lain oleh kerajaan bukan bermakna anda adalah anti kerajaan. Ia adalah kebebasan dalam memberi pendapat.

Dalam proses pencarian tu, Lanun jumpa satu video yang telah di edit sehingga menjadi satu plot cerita mengenai Menara 100 tingkat ni. Ia nya adalah sedutan dari filem lakonan hero tamil terkenal Rajnikanth. Video ni memang kelakar, tapi boleh pulak bersambung. Jom tengok video ni, sila fullscreen untuk lihat subtitle.

Seperti kata editor video ni, Just for fun..
tak ade kene mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..
Ni sbb aku tgk video malaysianews banyak sangat..

23 October 2010

Video Rasmi Blog Lanunsepet : Akhirnya Pembikinan Selesai, Jom Tengok.

7 komen disini yer..
Salam...
Hari ini Lanun telah cuba untuk bikin satu video dari screencapture(printscreen) Blog post Lanunsepet. foto foto dari screencapture tu semua telah Lanun susun dan Lanun kombinasikan kan menjadi satu video dengan background muzik (Pirates soundtrack). Lanun tak pasti apa reaksi korang sebab video ni memang tahap amatur punya he3. Tapi Lanun tetap puas hati.

Pada kawan2.. Lanun harap semua pembaca Lanunsepet mendapat sedikit sebanyak manfaat sejak blog ni di wujudkan. Tiada apa yang membanggakan Lanun melainkan info info yang Lanun paparkan berguna dan memberi kebaikan pada korang. Seperti sebelum ni jugak lanun terbuka untuk kritikan dan teguran. Anynomous pun boleh..apa ada hal. InsyaAllah Lanun akan terus berblog mengikut cara Lanun sendiri.

Software Lanun gunakan ?
1. Picasa Web Album ( Software yang macam macam fungsi dan mudah : Download )
2. Background audio yang gempak he3 ? ( Website Yokka : Download Audio Disini )

So, ini adalah video rasmi blog ni buat masa ni. Mana tau lain kali Lanun bertambah kreatif Lanun akan buat lagi video yang lebih menarik. Jom saksikan..Komen la kalau rajin he3. Selamat Menonton...

Only On Youtube Theaters... 23 Oktober 2010 
p/s : mesti korang cakap background muzik gempak tapi video..hmmm.. bese jer.. he3