Showing posts with label design. Show all posts
Showing posts with label design. Show all posts

26 July 2011

Gambar Duit Syiling Baru Malaysia

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan 1 info yang menarik Lanun baca di Malaysiakini tadi iaitu mengenai wajah baru duit syiling kita di Malaysia. 10sen 20sen 50sen dan 5sen akan mendapat sentuhan baru mulai tahun hadapan. Bagaimana rekabentuk duit syiling kita yang baru boleh tengok gambar di bawah. Nampaknya 50sen dan 20sen akan jadi warna emas tu, n 5sen dan 10sen kekal warna perak yang lama.

p/s : Boleh lah jual syiling lama kat Mudah.my yer he3..

Antara ciri ciri syiling baru :
  • Lebih kecil dan ringan
  • Rekabentuk baru ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan
  • Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
  • Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur
  • Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
  • Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu 
  • Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia

30 October 2010

Video Perli Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun jumpa video ni masa mencari page "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower " (Menara Warisan Merdeka 100 tingkat) yang bakal dibina oleh PNB katanya sebagai mercu tanda wawasan 2020 dan meningkatkan ekonomi negara.

Dalam isu ini Lanun pasti masing masing ada pendapat sendiri. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Jangan takut untuk tak setuju kerana masing masing berhak ada pendirian tersendiri. Berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan menara ini atau dalam hal hal lain oleh kerajaan bukan bermakna anda adalah anti kerajaan. Ia adalah kebebasan dalam memberi pendapat.

Dalam proses pencarian tu, Lanun jumpa satu video yang telah di edit sehingga menjadi satu plot cerita mengenai Menara 100 tingkat ni. Ia nya adalah sedutan dari filem lakonan hero tamil terkenal Rajnikanth. Video ni memang kelakar, tapi boleh pulak bersambung. Jom tengok video ni, sila fullscreen untuk lihat subtitle.

Seperti kata editor video ni, Just for fun..
tak ade kene mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..
Ni sbb aku tgk video malaysianews banyak sangat..

02 March 2010

GAMBAR : Perasmian Proton Emas 3 Terbaru Futuristik Hybrid Dari Dekat ...

7 komen disini yer..
Salam...

Wah, Proton ada model kereta terbaru hari ni, perasmian pelancaran kereta konsep berlansung di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80. Proton Emas dirasmikan oleh penasihat proton Tun Dr Mahathir. Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

Nak tengok ? Lanun ada gambarnya dibawah :